Friday 26 April 2013

Sehelai Daun Nan Hijau



Sehelai Daun Nan Hijau

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana2 pepohonan tampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yg bergoyang-goyang diterpa angin.
Apa khabar daun hijau, katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yg datang.
Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?tanya daun hijau.
Aku hampir tidak mendapat dedaun untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat? kata ulat kecil.
Tentu…tentu…marilah ke mari.

Daun hijau berfikir, jika aku memberikannya sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya saja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak mengapalah.
Pelahan-lahan ulat mengerakkan tubuhnya menuju kea rah daun hijau.

Setelah makan sehingga kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabt yg penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa  puas di dalam diri daun hijau. Walaupun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia bahagia kerana dapat melakukan sesuatu untuk ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu dan dibakar orang.

Apa yg bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja untuk orang lain? Sedangkan akhirnya semua yg ada akan mati dan segalanya akan ditinggalkan. Rela berkongsi kesenangan dan kepentingan diri memang tak mudah, tetapi indah.

Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita. Kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memebrkati dan memelihara hidup kita.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan satu perkara yg mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Ia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum dengan pengorbanan yg ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana sedar tidak selamanya ia akan tinggal sebagai daun hijau.

Suatu hari ia akan jatuh dan kering.

Demikianlah hidup kita. Hidup ini hanyalah sementara, kemudiaan kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan2 baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sesuatu yg menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi diri kita. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Melakukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu untuk mereka, memberikan sesuatu yg kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yg dapat kita lakukan.

Yang mana kita sering lakukan? Menjadi ulat kecil yg menerima kebaikan orang atau…menjadi daun hijau yg senang memberi …tanyalah diri sendiri…apa perasaanmu tatkala selepas kamu berkorban apa sahaja untuk org lain….

Sumber : komik blues selamanya(92)

No comments:

Post a Comment