Friday 11 January 2013

7 Rombongan Iblis



7 GOLONGAN IBLIS AKAN MENGANGGU SEWAKTU SAKARATULMAUT

Gangguan syaitan, iblis yang  paling dahsyat keatas manusia ialah sewaktu akhir hayat (sakaratulmaut), ini bermula dengan memperdayakan manusia dari mula terjadibdengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, iblis menganggu manusia sewaktu sakaratulmaut disusun menjadi 7 golongan/rombongan.

Hadis Rasulullah SAW menerangkan yang bermaksud:
“ Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tipudaya syaitan pada sakaratulmautku.”


ROMBONGAN 1
Akan datang iblis dengan banyaknya berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain serta makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratulmaut itu dimasa hidupnya seorang yang tamak dan haloba pada barang2 tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, diwaktu itu nyawanya putus dari jasad. Inilah yg dikatakan mati yg lalai dan lupa kepada ALLAH SWT. Inilah jenis mati fasiq dan munafik, kenerakalah tempatnya.



ROMBONGAN 2
Akan datang iblis kepada orang yang di dalam sakaratulmaut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang ditakuti spt harimau, singa, ular dank ala yg berbisa. Maka apabila orang yg sedang sakaratulmaut itu memandang saja kpd binatang itu, maka diapun meraungvdan melompat sesuka hati. Maka ketika itu juga akan terputuslah nyawa dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan lupa kepada ALLAH SWT, dan matinya itu sebagai fasik dan munafik dan nerakalah tempatnya.

ROMBONGAN 3
Akan datang iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratulmaut itu juga dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu. Jika orang yg hendak mati itu berminat binatang spt burung, maka dirupai dengan rupa burung, dan jika dia minat semasa hayatnya dengan kuda lumba untuk berjudi, maka iblis pula merupakan dirinya dengan rupa kuda lumba. Jika org yg sedang sakaratulmaut itu minat pada ayam sambung, maka iblis merupakan dirinya dengan rupa ayam sambung. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan lalai dan lupa kepada ALLAH SWT. Matinya itu mati fasik dan munafiq, maka nerakalah tempatnya.

  
ROMBONGAN 4
Akan datang iblis dengan menyerupakan dirinya sebagai rupa orang yang paling dibenci oleh orang yg hendak mati, seperti musuhnya sewaktu ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratulmaut itu akan mengerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu terhadap orang yang dibencinya itu, maka ketika itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan munafiq, dan nerakalah tempatnya.


ROMBONGAN 5
Akan datang iblis merupakan dengan rupa sanak-saudara si yang hendak mati, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratulmaut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan. Lalu ia menghulurkan tangannyauntuk mengambmil makanan dan minuman yang dibawa oleh ayah dan ibunya yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan merayu-rayu: “wahai anakku ini sahaja makan minum dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai lagi dan marilah bersama kami masuk kedalam syurga.”  Maka org yg hendak mati itu sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, dan ketika itu waktu matinya tiba, maka matilah ia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


ROMBONGAN 6
Akan datanglah iblis laknatullah merupakan ia sebagai’ yang membawa banyak ulama’-ulama kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya engkau sedang sakit disini, oleh itu kami bawakan kamu doctor dan ubat untukmu”. Lalu diminumnya ubat itu maka hlanglah rasa penyakit itu, kemudiaan penyakit itu datang kembali, lalu datanglah pula iblis laknatullah yang menyerupai ulama’ dengan berkata: “Kali ini kami datang kepada kamu untuk member kamu nasihat agar mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat ALLAH SWT:”.
Berkata orang yang sedang sakaratulmaut: “Aku tidak tahu”. Berkata iblis yang menyerupai ulama’ itu: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ualamak yang yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat ALLAH SWT, maka hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang di dalam sakaratulmaut itu pun memandang kekiri dan kekanan, dan dilihatnya sanak-saudaranya semua beraa di dalam kesenangan syurga(syurga palsu yang dibentangkan oleh iblis laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang sakaratulmaut). Kemudiaan orang yang sedang dalam sakaratulmaut itu bertanya kepada iblis yg menyerupai ulama’ itu: “Bagaimanakah ZAT ALLAH SWT?”. Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulama’ palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai dibuka kepadamu.
Apabila tirai dibuka lapis demi selapis yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratulmaut itu itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata iblis laknatullah: “itulah ZATALLAH yang patut kita sembah”.
Berkata orang yang di dalam sakaratulmaut itu: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam jihat, iaitu benda sebesar ini ada dikiri dan dikanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan ZAT ALLAH tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci DIA dari sebarang , dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.
Dalam keraguan itu mak malaikat maut pun datang terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu didalam keadaan kafir, dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya didunia.


ROMBONGAN 7
Rombongan iblis laknatullah yg ketujuh ini, iblis terdiri dari 72 barisan, sebab menjadi 72 barisan ialah dia menepati Iktikad Nabi Muhammad SAW, bahwa umat Nabi Muhammad SAW akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar ( AHLI SUNNAH WALJAMAAH). Satu puak sahaja yang benar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah dan 72 puak yg lainnya masuk neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa iblis laknatullah akan mengacau dan menganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satunya berlainan waktu anak Adam itu sedang di dalam sakaratulmaut. Oleh itu hendahlah kita mengajarkan talkin LAA ILAAHA ILLALLAH untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang di dalam sakaratulmaut itu.
Bersesuaian dengan sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Ajarkan oleh kamu(orang yg masih hidup) kepada orang yang hamper mati itu: LAA ILAAHA ILLALLAH”.



FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:
“Adakah tidak AKU telah memberikan peringatan kepada kamu semua wahai anak cucu Adam agar jangan kamu menyembah syaitan, iaitu kemahuan dan suruhannya, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang sangat nyata.”
Surah Yaasiin – Ayat 60


p/s: semoga apa yang aku sampaikan ini mendapat redha, ampunan, kasih sayang dan perlindunganMU Ya ALLAH..Amiin..

Thursday 10 January 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar




Ertinya:
Sesungguhnya kami telah memberikan kepadmu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu: dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sesiapa yg membaca surah ini, di akhirat kelak ia dapat minum air sungai yang mengalir dalam syurga kurniaan Allah.
Jika diamalkan surah ini bersungguh-sungguh, nescaya lembut hatinya dan sentiasa taat dan khusyu’ kepada Allah Taala.


Tuesday 8 January 2013

Dengan Siapa Kita Bergaul..

Dengan siapa kita bergaul, itulah sifat kita.

  • Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan kita kepada harta.
  • Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha kita.
  • Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabur.
  • Bergaul dengan wanita(bukan Mahram), akan bertambah rasa syahwat.
  • Bergaul dengan budak2, akan cinta pada permainan.
  • Bergaul dengan org fasik, akan bertambah berbuat maksiat dan melambatkan Taubat.

  • Bergaul Dengan Orang Soleh, bertambah Keseronakan berbuat amal.
  • Bergaul dengan Ulama, akan bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan Agama.

Sumber : (Imam Abu Laits As-Samarqandi)

5 Pesanan Diri


"5 Pesanan Buatmu Wahai Diri.."

  • Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk kau MENIMBA ILMU.

  • Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk kau BERKONGSI ILMU.

  • Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG ILMU, itulah waktu untuk kau MENYAMPAIKAN ILMU.

  • Jika engkau bertemu dengan orang yang BANYAK MEMBICARAKAN PERKARA AKHIRAT, waktu itulah kau TUMPANG SEKAKI.

  • Jika engkau bertemu dengan orang yang BANYAK MEMBICARAKAN DUNIAWI, waktu itulah kau DIAM dan BERLALU PERGI.