Sunday 2 June 2013

Renungan




Assalamualaiikum….

Sekarang cuaca di Malaysia agak panas..nk kata musim kemarau xjugak tp bagi aku cuaca panas camnih xder masalah sebab kalo cuaca mendung boleh buat aku sakit kepala..(pelik tp benar)..panas terik lagi bagus dr mendung…(hehehehe)…bg kaum lelaki yg dilahirkan tanpa eksoseri di dada xper la kalo dlm rumah x pakai baju..paling sadispun pakai seluar pendek..(syukur..), tp bagi kaum pompuan lak dilahirkan dgn eksoseri tambahan. kdg2 kesian lak aku menengoknyer…bukan apa..xsampai 5 minit siap mandi dah berpeluh balik..hmmm..sabarlah wahai kaum hawa..itu jugak boleh dikatakan jihad..menutup aurat mengikut perintah Allah swt dlm keadaan cuaca camgini..walau xsebesar jihad fisabilillah tp aku yakin xder yg terbuang percuma disisiNYA..Insya Allah..kaum pompuan kena banyak bersabar…ya..tp kalo dlm rumah tuh xder lelaki bukan mahram bg aku xder masalah…jangan xpakai apa2 sudah…(…T_T..)

Alhamdulillah…hari demi hari post2 baru makin bertambah dan kebanyakannya Insya Allah dpt memberi kebaikan pd saper2 yg sudi menjengah ke blog yang xseberapa…mungkin xdikenali langsung tp Insya Allah…pasti esok lusa akan ada. Aku nih xpandai sangat berblog..Cuma mengambil peluang akan perkembangan teknologi..x salahkan..insan kerdil seperti aku ini cuba berdakwah…apapun terima kasih pd yg meluangkan masa untuk menjengah..trimas bebanyak dan aku hrp2 kita sama2 berusaha menambahbaikan amalan kita..

Apa yg penting hati…

Ada yg bagi cadangan: katanya elok gak jika rasa isihati ditulis dlm blog..hmm..cadangan tuh bagus gak tp buat sementara waktu nih biarkan dulu, Insya Allah akan menyusul..hihihi..kan nih pun boleh dikatakan rasa isihati.

Ok..kali nih aku nk postkan satu perkara yg penting..berkenaan tentang salah satu hadis dr Baginda SAW yg kurasakan mmg patutlah kita sebagai umat islam bersama sama memikirkannya..:

Diriwayatkan ‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : “satu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukut. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun  turut solat bersama dengan Rasulullah SAW.

Kemudiaan Rasulullah SAW berdoa dengan doa yg agak panjang kepada Allah SWT :

Setelah selesai baginda SAW berdoa maka Rasulullah SAW berpaling kepada kami lalu bersabda hg bermaksud:

“Aku telah bermohon kepada Allah SWT akan tiga perkara, dalam tiga perkara itu Cuma DIA memperkenankan dua sahaja dan satu lagi ditolak.

1.  Aku telah bermohon kepada ALLAH SWT supaya tidak dibinasakan umatku dengan musim susah yg berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh ALLAH SWT.
2. Aku telah memohon kepada ALLAH SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yg telah melanda umat Nabi Nuh as) permohonanku ini telah diperkenankan oleh ALLAH SWT.
3. Aku telah memohon kepada ALLAH SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesame mereka ( peperangan, pergaduhan antara sesame islam ). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

                   sumber: Uncle Google

Ehhemm..melihatkan riwayat dari hadis ini, pastinya korang tersedia maklum dgn apa yg sedang menimpa umat islam sekarang ini,kan? Peperangan antara kaum kafir laknatullah dan pergaduhan sesame sendiri..paling menyayat hati ramai nyawa yg tidak berdosa menjadi mangsa hasil dr kerangkusan dan ketidakperimanusiaan manusia sekarang..tidak kira ianya dr umat islam sendiri mahupun org kafir…satu pepatah pernah mengatakan bahawa..

Jika manusia tidak menghentikan peperangan, maka peperanganlah  yg akan menghentikan manusia..”

Umat islam perlu bersatu hati..bekerjasama dan saling membantu..dgn itu Insya Allah kita tidak lagi senang diperkotakatikkan oleh org kafir..

Sekian, wasalam.