Friday 27 December 2013

Cinta Suci Wanita SUFI


Keunggulan cinta wanita sufi, 
Rabi’ah Al-Adawiyah

KEKASIHKU  tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetikpun.”

        Begitulah antara ungkapan cinta agung wanita sufi, Rabi’ah Al-Adawiyah kepadaTuhan Yang Maha Esa, Allah SWT. Segala rasa cinta, tulus, kasih dan kehidupannya dicurahhkan kepada Tuhan Maha Pencipta.
        Wacana mahabatullah dalam dunia tasawuf dipopularkan olehnya yang menjadi kekasih Allah (waliyyullah). Tampilnya Rabi’ah, seorang wanita suci, dalam sejarah tasawuf islam, memberikan cinta tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran spiritual islam.
        Bahkan dalam perjuangannya menempuh perjuangan ‘melawan diri sendiri’ dan seterusnya tenggelam dalam ‘telaga cinta Ilahi’, dinilai oleh kalangan sufi telah melampau seratus darjat orang2 soleh dari kalangan kaum lelaki.
        Nama sebenarnya Rabi’ah Binti Ismail al-Adawiyah, tergolong sebagai antara wanita sufi yg terkenal dalam sejarah islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yg miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan ibadat kepada Allah SWT. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
        Rabiah al-Adawiyah termahsyhur kerana pengalaman sprititualnya, iaitu mahabbah atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Pengalaman ini diperolehi bukan melalui guru, melainkan pengalamannya sendiri. Jika sebelumnya Hassan al-Basri, ahli hadis dan fiqh, telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, maka Rabi’ah melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah SWT telah memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat idi hatinya untuk mencintai sesuatu selain Allah SWt. Baginya, dorongan mahabbah berasal dari dirnya sendiri dan juga kerana hak Allah SWT untuk dipuja dan dicintai. Puncak pertemuan mahabbah antara hamba dan cinta Allah SWT yang menjadi akhir keinginan Rabi’ah.
       

LAMBANG KEUNGGULAN WANITA SUFI
Kaum sufi adalah kaum muslim sejati. Kaum sufi banyak mengutip banyak ayat Al-Qur’an untuk mendukung ajaran mereka. Kaum sufi meupakan kaum yang sangat menekankan amalan bangun beribadah pada malam hari dan menjalani kehidupan zuhud. Praktik pertama berasal daripada keyakinan dan keimanan Nabi bahawa memelihara kegiatan bangun malam adalah satu kemuliaan dan keutamaan, sementara praktik kedua bersumber keupayaan keum sufi ‘meninggalkan dunia’. Kezuhudan pada dasarnya berupa diam, menyendiri, puasa dan terus menerus menyebut (berzikir) salah satu dari nama-nama Allah SWT.
        Kaum sufi sangat menginginkan ganjaran syurga di akhirat kelak dan sangat takut akan seksa neraka, dengan cara menghabiskan masa hidup mereka dalam mencari kesalihan sempurna. Akan tetapi, pada tahap kedua perkembangan tasawuf, unsur2 kerinduan dan cinta kepada  Allah SWT ditambah dengan askestisisme atau latihan kezuhudan menjadi sangat dominon pada ketika itu. Titik berat kepada cinta Ilahi perlahan-lahan mengantikan titik berat sebelumnya, iaitu takut kepada seksaaan Allah SWT.
        Perasaan yang biasa disuarakan oleh kaum sufi pada abad ini iala ibadat yg mereka lakukan kepada Allah SWT bukanlah disebabkan takut kepada seksaan neraka dan berharapa ganjaran syurga, melainkan semata-mata kerana cinta dan ibadat yg memang berhak diperolehi Allah SWT.
        Rabi’ah sebagai wanita sufi pernah berbicara dengan penuh gelora dan ghairah. “Aku bersumpah demi keagunganMU bahawa aku beribadat kepadaMU bukan kerana mengharapkan balasan syurga atau takut kepada seksa neraka. Aku beribadat kepadaMU semata-mata demi keluhuran dan keagunganMU.”


Kehidupan Rabi’ah Al-Adawiyah
Rabi’ah yg berparas cantik, memiliki suara merdu, dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuaannya sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika menyanyi, Rabi’ah tiba2 merasakan kedekatannya dengan Allah SWT yang seolah olah memanggilnya. Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabi’ah tetap berdoa kepada Allah SWT . Rabi’ah pun dijual kepada seorang sufi yang mengajaknya bernikah. Rabi’ah menolaknya kerana kecintaannya yg tinggi pada Allah SWT. Setelah dibebaskan, Rabi’ah memutuskan untuk hidup menyendiri.
        Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah iala ketika dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkawinan itu memang perlu bagi sesiapa yang menpunyai pilihan. Adapun, aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-NYA. Aku tidak mempunyai apa2 pun.”
        Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai cinta kepada Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Aku cinta kepada Nabi SAW, tetapi cintaku kepada Khalik(Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta kepada makhluk(segala ciptaan).”
        Rabi’ah seolah olah tidak menegenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus terusan mencintai Allah SWT semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lainkecuali untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kafannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
        Selama 30 tahun dia terus menerus mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:
“Ya Tuhanku!  Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMU supaya tiada sesuatupun yang dapat memalingkan aku daripadaMU.”
        Cinta Rabi’ah kepada Allah SWT merupakan cinta suci, murni dan sempurna seperti disenandungkan kepada syair ini: “Aku mencintaimu dengan dua cinta;cinta kerana diriku, dan cintak kerana diriMU. Cinta kerana diriku sentiasa keadaanku yang sentiasa mengingatMU yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini,mahupun untuk itu, pujian bukanlah bagiku, bagiMU lah pujian untuk kesemuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadratMU. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selainEngkau.”
        Rabi’ah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana itu, ia memilih hidup zuhud agar bebas dari segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa; “Ya Allah, aku berlindung kepadaMU daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembahMU dan segala rintangan yang merenggangkan hubunganku denganMU.”
        Rabi’ah sang pencinta agung itu, mencintai Tuhan bukan kerana naluri kewanitaannya. Dia mencintai Tuhan dengan sepenuh jiwanya, mencintai zatNYA, sifat-sifatNYA. Ia bertafakur, berzikir, juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang kekuasaan dan kebesaranNNYA, sehingga tidak ada ruang sedikitpun dalam dirinya untuk berfikir selain DIA.
        Dia merelakan menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.
        Ketika ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah wahai Rabi’ah?” dia menjawab: “Tidak ada tempat dihatiku kecuali kekasih sejati.”
        Rabi’ah menyembah Tuhan dengn penuh cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman.
        Kalimat rindu dan ungkapan cinta Rabi’ah kepada Kekasih Sejatinya sering kita dengar dalam lantun tawajjuh-nya:
        “Tuhanku, jika laku ibadahku hanya untuk menjauhkan diri daripada api nerakaMU, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMU. Jika sembahanku hanya untuk meraih syurgaMU, maka haramkanlah syurgaMU bagi diriku. Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayangMU, berikanlah daku kurniaMu yang besar, kurniakanlah kepadaku agar dapat melihat wajahMU Wahai Yang Maa Perkasa Lagi Maha Mulia.”
        Dalam pandangan Rabi’ah, cinta pada galibnya adalah kehidupan spritiual, cinta bersal dari Allah dan untuk Allah.


BERAKHIR RIWAYAT HIDUP RABI’AH
Seorang penulis riwayat hidup Rabi’ah yang berasal dari parsi mengnisahkan kematiannya sebagai berikut:
        Pada masa menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk mengeliliginnya. Rabi’ah meminta kepada mereka, “Bangkitlah dan keluarlah. Berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!” maka semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka terdengar suara Rabi’ah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar sebuah suara.”….Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah denganNYA. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKU dan masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr:27-30)
        Sesudah itu, tidak terdengar lagi suara apa pun, pada ketika orang2 itu masuk kembali ke bilik itu mereka mendapati Rabi’ah sudahpun meninggalkan dunia fana ini. Sesudah Rabi’ah menghembuskan nafas terakhirnya, segera para doctor yang berdiri di hadapannya meminta agar jasad wanita sufi ini segera dimandikan. Setelah semua jasad wanita sufi ini dimandi dan dikafankan, mereka bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan mengkebumikan jasad itu di tempat yang dia akan berada di sana selamanya.


RABI’AH SEBAGAI CONTOH KELUHURAN CINTA AGUNG KEPADA-NYA
Sesungguhnya rasa cinta yang ditunjukkan Rabi’ah menyedarkan kita akan kecilnya diri kita di dalam dunia fana ini. Apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung cara hati kita berhubung dengan Allah SWT. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
        Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah merasa kecewa dengan gelagat sesame insane yang pelbagai ragam. Keadaan sebegini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudiaan cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
        Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudiaannya mesti diperkukukan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. In shaa Allah.


Sumber : majalah PEREMPUAN/oktober09/129