Friday 14 December 2012

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN





Z  Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
Z  Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
Z  Jangan makan/minum dalam bekas yang sumbing atau pecah. Makruh kerana ianya merbahayakan.
Z  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh kerana mewarisi kepapaan.
Z  Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Z  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA MAKAN. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan laknatullah.
Z  Jangan keluar rumah tanpa berniat untuk membuat kebajikan/kebaikan. Takut2 nanti mati dalam perjalanan.
Z  Jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Z  Jangan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Z  Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikny a.
Z  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa sahaja.
Z  Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua orang tua kita dan sesame kita kalau memang kita bersalah.
Z  Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silahturrahim.
Z  Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa bila gagal.
Z  Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Z  Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Z  Jangan biasakan diri berbohong kerana ia adalah cirri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih saying orabg kepada kita.
Z  Jangan suka menganiaya manusia/haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Z  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
Z  Jangan duduk di bilik air telalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
Z  Jangan meroko atau memasang kemenyam kerana asap itu adalah makanan jin.
Z  Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
Z  Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kerana ALLAH ).
Z  Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab kesemuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.


Sumber : YusranPublishingHouse

Thursday 6 December 2012

どこで行方不明ですか??





Assalamualaiikum….

        Sedang asyik memikirkan cara dan bagaimana mahu dikumpulkan semula semangat yang menghilang..tinta qalam bagai terhenti menulis..dek kerana berita yg buat aku terasa diam terkaku..terkedu dan sesaat sisa semangat yg masih ada bagaikan dirampas lagi..ketenangan kurasa masih jauh. Seolah tidak mahu aku mengecapinya walau sesaat. Berita itu sebenarnya sudah kuagak kan berlaku..tetapi kusangka secepat itu..waktu2 sedang aku mencari punca dan alas an untuk terus hidup. Dan..kutahu..aku sekali kali xboleh manamatkan kisahku dalam keterpaksaan masa yg terus berjalan..aku memaksa untuk menghadapinya dgn hati yg tidak tenang..bagai kemana aku pergi…hilang diri sendiri.
        Dalam diam..aku cuba untuk berlagak tenang..seperti redha dengan perkhabaran tetapi dlm hati bagai ada ombak tsunami, bergeloran dan menganas menyapu sisa2 kesabaran yg masih ada. Perlukah sekali lagi aku berdiam diri dn menjadi manusia munafik..yg berpura-pura senyum ketawa..untuk kesenangan atau kemudahan manusia2 yg hanya mengerti segala kehendaknya dituruti..berlakon menyetujui akan segala keputusan..membiarkan hidup diperkotak katikkan berkali kali..malah setiap hari..buat aku bosan..bengang dan ingin rasanya mahu mengalah!! Sekeliling manusia di situ memang suka mengambil kesempatan dan mengunakan kedudukan dan alas an ARAHAN bagi melunaskan kemahuan dan kehendak mereka. Meninggalkan beban dan kesusahan pada manusia bahawa yg dirsakan akan setia dengan alas an ARAHAN…
        Semakin hari..ianya semakin teruk..sukar dikawal..masing2 mencipta juta alas an dan bertelagah sesame dan paling istimewa mencari pengaruh..mereka tahu pasti ada yg menyokong dan menurut..masakan ada yg berani mmbangkang dan memberontak..masakan ada yg berani lantang bersuara..kesudahannya pati buruk..penuh penyesalan..akhirnya mengambil keputusan untuk bertaam dua muka..di depan puji sanjung meleambung..manakala di belakang kesemua ketidakpuasan dan marah terhambur bersama dengan kata2 kesat..namun keesokan hari, bibir yg sama mengulangi ayat indah dan penuh optimis…adakah..itu sesuai kugelar munafik..atau talam dua muka?? Api dalam sekam?? Atau gunting di dalam lipatan..sungguh..aku tidak mahu jadi sebegitu..diambil kesempatan bertubi-tubi..lelah..letih..tidak berdaya..apa tiadakah keadilan atau pembalasan untuk mereka..jika ada…tunjukkan keadilan dan pembalasan tersebut…kerna aku percaya..adanya pembelaan dariNYA.