Friday 31 May 2013

Kita Ini Tempayan Retak..



Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada pengandar dibahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang lagi satu tidak. Jika tempayan yg tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan pulang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yg retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal itu terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah air ke rumah majikannya.
Tentu sahaja tempayan yg tidak retak itu merasa bangga dengan akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan yg malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih sebab ianya hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yg seharusnya dapat diberikannya.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf.”
“Kenapa?” Tanya si pengangkut air. “kenapa kamu berasa malu?”
“Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yg seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yg saya bawa bocor sepanjang jalan menuju ke ruma majikan kita. Kerana kecacatan itu, saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam nada belas kasihannya, dia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan.”
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak itu memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih keprana separuh air yg dibawanya telah bocor. Dan kembali tempayan retak itu meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan retak itiu, “Apaka kamu memerhatikan adanya bunga2 di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yg tidak retak itu. Ini kerana aku selalu meyedari akan kecacatanmu. Dan aku memanafaatkannya. Aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yg retak mengairi benih2 itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga2 indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya, tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”


Setiap daripada kita memiliki kecatatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun, jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-NYA. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yg terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita..Wasalam.

Sumber : Majalah Blues Selamanya (27)

10 Pesanan ALLAH SWT kepada Nabi Musa a.s


10 Pesanan ALLAH SWT 
kepada Nabi Musa a.s

Abul-Laits Assa marqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari jabir bin Abdillah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT telah memberikan kepada Nabi Musa a.s dalam alwaah 10 bab:

Wahai Musa, janganlah menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan api neraka akan menyambar muka2 org musyrikin.

Taatlah kepada-KU dan kedua org tuamu, nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

Jangan sekali-kali membunuh jiwa yg Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yg luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-KU ke dalam api neraka.

Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-KU dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-KU.

Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yg Aku berikan kepada orang2, sebab penghasut itu musuh nikmat-KU, menolak kehendak-KU, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-KU dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-KU.

Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar2 dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi2 itu dengan teliti atas persaksian mereka.

Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-KU daripadamu dan aku tutup pintu2 langit daripadanya.

Jangan menyembelih korban untuk selain dari-KU sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-KU dan ikhlas untuk-KU.

Cintailah terhadap sesame manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

Jadikan hari sabtu itu untuk beribadat kepada-KU dan hiburkan anak keluargamu. Kemudiaan Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hari sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s dan Allah SWT memilih hari jumaat sebagai hari raya untukku.”


p/s: Semoga bermanafaat untuk aku dan semua..amiiin.

Friday 17 May 2013

30 LARANGAN KEPADA WANITA


30 LARANGAN KEPADA WANITA
  • Z Menyambung rambut palsu.
  • Z Bertatu, mencabut bulu dan mengikir gigi.
  • Z Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
  • Z Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain.
  • Z Menolak ajakan suami untuk tidur bersama.
  • Z Membuka rahsia hubungan suami isteri.
  • Z Berpuasa sunat tanpa izin suami.
  • Z Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami.
  • Z Derhaka kepada suami.
  • Z Meminta cerai tanpa sebab yg jelas.
  • Z Menginkari kebaikan suami.
  • Z Bersama lelaki lain yg bukan mahramnya.
  • Z Memandang dengan lelaki yg bukan mahramnya.
  • Z Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
  • Z Menyerupai lelaki.
  • Z Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
  • Z Memandang aurat wanita lain.
  • Z Keluar rumah tanpa ada keperluan.
  • Z Masuk permandian awam.
  • Z Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
  • Z Meratapi kematian.
  • Z Berhias atas meninggalnya seorang.
  • Z Menghantar jenazah.
  • Z Mempercayai bomoh, dukun dan peramal.
  • Z Menyumpah anak-anak sendiri.
  • Z Tidak bertegur sapa dengan sesame muslim.
  • Z Menganiaya pembantu.
  • Z Mengganggu jiran.
  • Z Meminta cerai kerana suami sakit.
  • Z Minta cerai kerana suami menikah lagi

p/s: jadilah wanita yg menyejukkan mata..

4 Jenis Lelaki yg ditarik wanita ke neraka


4 Jenis Lelaki yg ditarik wanita ke neraka
Seseorang wanita itu apabila di yaumul alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Peringatan!!
Artikel ini bukan sengaja untuk memperkecilkan wanita apatah lagi memperlekehkan lagi menyalahkan mana2 wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum adam(huuuhu) memainkan peranannya dengan baik dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
-        Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat..tidak cukup kalau dengan hanya memberi  kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya

2. Suaminya
-        Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya .bergaul bebas di pejabat ,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mediam diri walaupun  dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh ,puasa tidak tinggal  maka dia akan turut ditarik oleh isterinya

3. Abang –abangnya
Apabila  ayahnya  suda  tiada,  tanggungjawab menjaga maruah wanita jatu ke bahu abang-abangnya ……jikalau mereka hanya mementing keluarganya  sahaja dan adik perempuannya dibiar melancong dari ajaran ISLAM …….tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelat

4.  Anak lelakinya
-        Apabila  seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari    Islam ,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata &sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akirat kelak . Nantikan tarikan ibunya ke neraka .

-        Maka kita lihat betapa hebatnya  tarikan wanita  bukan sahaja di dunia malah di akhirat  pun  tarikannya  begitu  hebat , maka  kaum lelaki  bergela  ayah/suami/abang atau anak harus  memainkan peranan mereka

              Firman   ALLAH SWT :
-        HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU  DARI API NERAKA  DIMANA  BAAN PEMBAKARNYA      IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU

-        Harga seseorang muslim  adalah sangat berharga . ALLAH SWT nilaikan seseorang  muslim  dengan syurga , semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mungucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita  membuang atau tidak mengendah  janji  dan peluang yg  ALLAH SWT  berikan  pada  kita


Monday 13 May 2013

Rahsia Bulan Kelahiran Wanita..


Assalamualaiikum…
                              Lama xmenjenguk rumah aku…
idup..adakalanya sibuk adakalanya buat2 sibuk..bukan apa daa..saje..sambil2 tuh cari bahan. Untuk idup gak..hehe..
Haaaaa…ini sekali kita tukaq skit punya criter..kali nih aku nk share sesuatu yg boleh dikategori sebagai hiburan semata-mata..nk kata patut percaya/sebaliknya terserah pd korang…perhatian..perhatian..wanita2 jangan marah naa..ini hanya SUKA2…jangan taksub sangat pasai pompuannnn…kalo bab tafsir mentafsir nih diorang memang sangat2 hebat dan suka..hehehe
Okey…xmau criter panjang pasai dh bosan jadi di sini diperturunkan tafsiran dr Kitab Tajul Muluk mengenai Tabiat Wanita mengikut bulan kelahiran mereka..(sukelahhhhhh tuuu)..sumbernya jangan Tanya pasai aku dh lupa kat mana aku mengopynya…kalo rasa post nih ada aku terambil di mana2 yg pernah dipost..minta halalkan. Itu ajee..

Januari
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh melakukan kerja (hmm…patut..patut..)

Febuari
Boleh dipercayai (kembang lubang idung depa), pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tp suker main cinta (dpt awek camnih mmg selalu makan ati..huhu)

Mac
Ringan tulang (ceewaah..), mudah membantu, tiada bakat dlm perniagaan kecuali diberi bimbingan, mudah tergoda dgn lelaki, pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.

April
Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.

Mei
Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan org lain, tiada bakat dlm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun
Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dlm kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahannya lebih sekali.

Julai
Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperolehi rezeki.

Ogos
Bernikah lebih dr sekali, berbakti pd suami, rezekinya pd suami, rajin berusaha.

September
Murah hari, tabah dlm dugaan, mempunyai anak yg ramai.

Oktober
Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.

November
Rajin, pandai berbicara, mudah menyeleweng, tidak memanafaatkan harta pusaka.

Disember
Rajin berusaha, lekas naik marah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai dan murah rezeki…

p/s: Makluman..sekadar bacaan sahaja..kalo betul tuh kebetulan ajeee…apa sahaja sumernya hanya dr ALLAH SWT..

Sunday 5 May 2013

WhiteRaven

Hatiku mudah rapuh..
Apabila kenangan semalam datang menjenguk..
Di sebalik diriku yg sebegini
dalam jasadku tinggal seorang kanak2 yg penuh dgn pertanyaan..tidak sabar untuk membesar
agar mampu berlari mengejar 
apa yg dipanggil bahagia
Tersekat di jasad ini buat aku letih..
Pencarianku makin sukar..jauh
Berkali-kali jatuh..perlahan-lahan merangkak...
Namun yg dicari sehingga kini tak pernah muncul
Kerna xpernah waktu itu aku mengenal erti bahagia..
yg dipenuhi hanyalah tanggungjawab yg perlu aku letakkan...dlm kepayahan
mungkin bahagia itu pernah menjenguk
dan..mungkin aku jua buta untuk mengenal kebahagiaan..
Lantas bahagia itu kuanggap spt bekas usang..x diperlukan