Tuesday 29 October 2013

RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA



RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK

Tajuk muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat melayu dalam menafsirkan watak2 wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya yg masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata
 ( suka diingatkan..jgn percaya 100% okey..) dan dijadikan pedoman.

Jangan Tanya kat mana aku dapat info nih sebab aku x ingat, saper2 yg berminat nak tau camner perangai & tabiat awek2, isteri2, ibu2, kakak2 takpun untuk diri sendiri sekelian sila senangkan hati membacanya. Lepas korang baca pastuh bandingkan apa betul ker tidak, kalo terkena anggap kebetulan bukan suratan. Manusia makhluk yg misteri dan sebaik-baik kejadian, mungkin ini salah satu jalan untuk kita mengenal diri dan tabiat dgn  sebaiknya, yg baik perlu dikekal dan dipertingkatkan atau hendaklah diteruskan. Kalo yang tak baik tuh berusahalah untuk merubah dan meninggalkannya..manusia tak lari dari buat silap tapi sebagai seorang muslim, elakkan berbuat kesilapan kedua kali.
Seseorang selalu bagitau aku..bayangkan kita baru aje sampai ke sebuah kampung, melalui jalan dan kita tak tau di depan sana ada lubang,kita berjalan dan berjalan dgn perasaan senang hati. Tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang tersebut. Kita menjerit meminta tolong dan berharap agar sesiapa akan mendengar jeritan dan menolong kita. Alhamdulillah, jeritan kita didengari oleh org yg saban hari melalui jalan tersebut. Kita diselamatkan dan dinasihatkan oleh org tersebut agar2 lebih berhati-hati di lain kali.

Keesokannya ketika kita melalui lagi jalan tersebut, adakah kita akan berjalan dengan perasaan senang hati. Atau melihat  ke depan mencari lubang semalam di mana telah membuatkan kita jatuh ke dalamnya.oh..pastilah kita akan beringat sampai bila2. Pastilah kita tidak mahu terjatuh lagi ke dalam lubang tersebut. Pastilah kita berfikir jika aku jatuh lagi ke dalam lubang tersebut, adakah aku akan bernasib baik seperti semalam..itu yg aku pasti dgn kehidupan ini. Manusia memang tak pernah lari dari kesilapan tapi bukan kesilapan sama untuk kedua kali.


T_T” ( Lari Tajuk )

Okey2..nah ambiklah baca puas2 sampai beratus kali..harap korang dapat manafaat yg baik2 dan diberikan kekuatan untuk berbuat kebaikan. Aamiin.


  
HARI
Tabiat
ISNIN
·       Bersikap jujur
·       Tidak mudah mengelabah/panic
·       Berhati-hati
·       Tidak mudah mengalah
·       Pandai menjaga diri dlm pergaulan
·       Ramai teman lelaki dan wanita yg menyukainya.
·       Mudah member pertolongan
·       Cergas
·       Berusaha kuat
·       Teliti
·       Pandai menguruskan kewangannya
·       Jika marah berapi-api dan menakutkan
·       Jarang mahu kalah dalam pertengkaran
·       Dlm percintaan, dia mencurahkan kesetiaan yg tidak berbelah bagi dan sedia berkorban
·       Seksualnya kurang membara kecuali pasangannya pandai mencari tempat rasangannya.

SELASA
·       Suka mencari kesalahan org lain
·       Berpotensi menduakan suami
·       Pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
·       Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahan org tersebut.
·       Hatinya keras dan sukar dilembutkan
·       Mudah mengaku kalah
·       Mudah meminta pertolongan org lain
·       Pandai simpan rahsia, hanya org tertentu saja tahu rahsianya.
·       Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh
·       Mudah terperangkap dalam banyak hal.
·       Dalam soal kewangan dia pandai berjimat
·       Tidak kedekut
·       Rajin bekerja
·       Ada rasa tanggungjawab
·       Suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan perngawasan dalam banyak perkara

RABU
·       Suka berdendam
·       Jika ada org yg berbuat jahat kepadanya,dia akan berbuat jahat lagi pada org itu. ( bahayaaaa….)
·       Pandai dalam pergaulan
·       Pandai mengambil hati
·       Pandai menghargai orang.
·       Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri
·       Berfikiran terbuka
·       Tak pandai simpan rahsia
·       Tak suka diperintah dalam bekerja
·       Keputusannya tidak seimbang
·       Kurang pengalaman
·       Hatinya keras tidak mudah makan pujukan
·       Hanya org tertentu saja yg tahu melembutkan hatinya.
·       Dlm soal kewangan dia pandai cari duit tp tak pandai simpan duit.
·       Cintanya pandang pertama dan rela berkorban demi cinta.
·       Seksualnya tinggi dan kuat
·       Romantic di tempat tidur dan pandai berasmara

KHAMIS
·       Suka menyinggung hati orang lain
·       Cakapnya kesat
·       Kemahuannya kuat dan bercita-cita tinggi
·       Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
·       Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik sebelum bercinta.
·       Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dgn pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yg baik dan buruk.
·       Pandai mengurus dan merancang kewangan.
·       Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami dan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
·       Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
·       Tabiatnya suka menentang suami.
·       Bangga diri.
·       Suka berbelanja.
·       Suka dipuji.
·       Suka bergaul.
·       Suka melakukan sesuatu yg merbahaya dan sia2.
·       Bersemangat waja
·       Bersikap boros.
·       Tak pandai menyimpan wang.
·       Cintanya sejati dan tak mudah berubah, Cuma kadangkala tidak telus.
·       Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi dingin apabila dipaksa.

SABTU
·       Kuat cemburu
·       Suka kebendaan.
·       Tidak gemar dgn anak2
·       Suka bertikam lidah
·       Tegas pendirian.
·       Cerdas pemikiran, teliti dlm banyak hal.
·       Tidak pernah merasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-citanya.
·       Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
·       Pandai berjimat dan sentiasa berfikit untuk masa depan.
·       Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
·       Seksualnya agak dingin, tetapi apabil bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dgn kelembutan.

AHAD
·       Kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk diri.
·       Apabila bersuami, dia taat pada suami
·       Suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
·       Tak suka mendengar nasihat
·       Mudah terpedaya dgn kata2.
·       Suka mengkritik org tetapi tidak suka org mengkritiknya.
·       Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
·       Pandai simpan rahsia.
·       Rajin berusaha dan bekerja.
·       Tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
·       Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan cari jalan lain.


Suka diingatkan ini hanya bacaan semata-mata.