Sunday 28 April 2013


Langkah2 Memperbaiki Iman

Z Bersihkan rumah dari setiap perhiasan yg menyerupai patung2 dan berhala.

Z Banyakkan bergaul dengan orang2 soleh dan melibatkan diri dengan majlis2 ilmu.

Z Mudah member kemaafan di atas kesalahan org lain terhadap kita.

Z Bila berada di dalam keadaan marah jangan berlebihan, ingatlah sifat marah itu adalah berasal dari syaitan laknatullah.
Z Banyak mengerjakan sembahyang terutama di masjid.
Z Banyakkan berdoa, berzikir dan bertahmid kepada ALLAH SWT.
Z Banyakkan beristighafar dan memohon taubat kepada ALLAH SWT.

Z Cintailah seseorang tetapi tidak berlebihan.

Z Hargailah setiap pemberian dan hadiah dari orang lain kepada kita.

Z Jangan terlalu tamak kepada harta.

Z Jangan terlalu bercita-cita tinggi terhadap sesuatu kedudukan.

Z Jangan berkeinginan terlalu tinggi melebihi dari kemampuan diri sendiri.

Z Tidak merasa goyah kerana sesuatu fitnah yg dilemparkan.

Z Jangan mencampuri harta yg halal dengan yg haram.

Z Jangan mempunyai musuh kecuali iblis dan syaitan.

Z Jangan terlalu takut kepada kemiskinan dan kesusahan.

Z Jangan melakukan sesuatu yg menyebabkan org lain terganggu.

Z Jangan berkata sesuatu yg menyebabkan org lain rasa terhina.

Z Jangan cepat percaya kepada berita buruk mengenai sahabat kita sebelum diperiksa akan kebenarannya.

Z Jangan melengah-lengahkan tanggungjawab dan kewajipan.

Z Jangan terlalu banyak membuat hutang.

Z Jangan terlalu mudah membuat janji, tetapi tidak menunaikannya.

Z Jangan menyimpan dendam dan berkeinginan untuk membalas kejahatan dengan kejahatan.

Z Jangan menyimpan benci terhadap orang membenci kita.

Z Jangan biasakan diri dengan berkata dusta dan berbohong.

Z Jangan membuka aib orang lain.

Z Jangan bersedih kerana miskin, dan jangan bersikap sombong kerana kaya.

Z Jangan menghabiskan waktu sekadar untuk mendapat hiburan dan kesenangan yang melalaikan.

Z Jangan ada rasa takut kecuali kepada ALLAH SWT.

Z Jangan membiasakan diri melakukan dosa2 kecil.

Z Jangan bersikap sombong, takabur, angkuh dan besar kepala.

Z Jangan menzalimi dan mengianaya anak2 yatim.

Z Jangan menghina  kepada mereka yg suka meminta-minta, hulurkan sedekah kerana ALLAH sekadar yg termampu.

Z Jangan membuat dosa kepada kedua ibu bapa.

Z Jangan menyimpan hasad dengki dan dendam terhadap kejayaan orang lain.

Z Jadilah insan yang boleh menyumbangkan manafaat kepada agama, bangsa dan Negara.

Z Jangan meraih kejayaan di atas penderitaan dan kesengsaraan orang lain.

Z Jangan mengumpul kekayaan tetapi dengan memiskinkan orang lain.

Z Sentiasa berlaku adil dalam setiap urusan dan pekerjaan.

Z Sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya.

Z Sentiasa menghormati dan menyimpan perasaan kasih kepada guru2 dan alim ulama;.

Z Sentiasa mengingati kepada kematian dan menyedari bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja.

Z Sentiasa berlaku adil walaupun diri kita sendiri yg akan menanggung kerugian.

Z Sentiasa memelihara dan menjaga amanah dengan rasa tanggungjawab.

Z Sentiasa memandang ke bawah supaya diri kita bersyukur kepada ALLAH SWT di atas apa yg diberikan.

Z Jangan berputus asa bila berdepan dengan kesusahan.

Z Kurangkan percakapan dan perbualan yg sia2.

Z Makanlah dengan secukupnya tetapi tidak perlu kenyang dan berlebihan.

Z Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an dan menghayati maksudnya.

Z Menjauhkan diri dari penyakit2 batin.

Z Memperbanyakkan sembahyang malam.(sunat)

Z Memperbanyakkan berselawat kepada jujungan mulia Nabi SAW.

Z Menyayangi akan fakir miskin dan sentiasa berlaku baik terhadap mereka.

Z Menganggap setiap pertemuan kerana Allah dan perpisahan jua kerana Allah.

Z Sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri dari dosa2 besar.

Z Sentiasa bersyukur bila mendapat nikmat, bersabar bila mendapat kesulitan.

Z Sentiasa bertawakal kpd Allah di atas setiap kerja dan amal.

Z Sentiasa ikhlas di atas setiap kerja dan perbuatan.

Z Tunaikanlah janji, bila telah diikrarkan dan mintalah maaf bila tidak dapat melaksanakannya.

Z Yakin diri setiap kebajikan akan mendatangkan kebaikan dan setiap kejahatan, akan mendatangkan kerosakan.

Z Sentiasa menghormati kepada setiap orang walaupun ianya lebih muda dari kita.



Sumber          :  Luper..apapun semoga bermanafaat untuk ummah..

White Raven


Terima Kasih Ya Allah..

Aku meminta kepada ALLAH untuk menyingkirkan penderitaanku..
Allah menjawab..tidak..!!
Itu bukan untuk disingkirkan tetapi agar engkau mengalahkannya.

Aku meminta kepada ALLAH untuk menyempurnakan kecacatanku
Allah menjawab.. tidak..!!
Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada ALLAH untuk menghadiahkan aku kesabaran,
Allah menjawab ..tidak..!!
Kesabaran adalah hasil dari kesulitan.
Ia tidak dihadiahkan, tetapi dipelajari.

Aku meminta kepada ALLAH untuk memberikan aku kebahagiaan,
Allah menjawab..tidak..!!
Aku memberimu berkat
Kebahagiaan adalah tergantung kepadamu.

Aku meminta kepada ALLAH untuk menjauhkan penderitaan,
Allah menjawab…tidak..!!
Penderitaan, menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu dekat kepadaku.

Aku meminta kepada ALLAH untuk menumbuhkan rohku,
Allah menjawab..tidak..!!
Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi aku akan menangkas untuk membuatkanmu berbuah.

Aku meminta kepada ALLAH segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup,
Allah menjawab..tidak..!!
Aku akan memberimu hidup,
Sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada ALLAH membantuku mengasihi orang lain,
Sebagaimana ia mengasihiku,
Allah menjawab…akhirnya kau mengerti
Hidup ini adalah milikmu..jangan sia-siakan,
Bagi dunia kamu hanyalah seseorang..
Tapi bagi seseorang..
Kamu adalah dunianya.


Sumber : luperrr daa…dan aku harap ianya bermanafaat untuk sumer, trimas.


PoemFromGrave..
WhiteRaven 0953a.m 24/04/2013


Friday 26 April 2013

Sehelai Daun Nan Hijau



Sehelai Daun Nan Hijau

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana2 pepohonan tampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yg bergoyang-goyang diterpa angin.
Apa khabar daun hijau, katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yg datang.
Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?tanya daun hijau.
Aku hampir tidak mendapat dedaun untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat? kata ulat kecil.
Tentu…tentu…marilah ke mari.

Daun hijau berfikir, jika aku memberikannya sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya saja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak mengapalah.
Pelahan-lahan ulat mengerakkan tubuhnya menuju kea rah daun hijau.

Setelah makan sehingga kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabt yg penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa  puas di dalam diri daun hijau. Walaupun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia bahagia kerana dapat melakukan sesuatu untuk ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu dan dibakar orang.

Apa yg bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja untuk orang lain? Sedangkan akhirnya semua yg ada akan mati dan segalanya akan ditinggalkan. Rela berkongsi kesenangan dan kepentingan diri memang tak mudah, tetapi indah.

Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita. Kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memebrkati dan memelihara hidup kita.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan satu perkara yg mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Ia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum dengan pengorbanan yg ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana sedar tidak selamanya ia akan tinggal sebagai daun hijau.

Suatu hari ia akan jatuh dan kering.

Demikianlah hidup kita. Hidup ini hanyalah sementara, kemudiaan kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan2 baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sesuatu yg menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi diri kita. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Melakukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu untuk mereka, memberikan sesuatu yg kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yg dapat kita lakukan.

Yang mana kita sering lakukan? Menjadi ulat kecil yg menerima kebaikan orang atau…menjadi daun hijau yg senang memberi …tanyalah diri sendiri…apa perasaanmu tatkala selepas kamu berkorban apa sahaja untuk org lain….

Sumber : komik blues selamanya(92)

Friday 5 April 2013

Fitnah Akhir Zaman !!






Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW:

“Ada dua GOLONGAN DARI AHLI NERAKA yang belum aku lihat saat ini; satu kaum yang membawa cemeti(cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut, dan satu kaum iaitu WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG (KETAT,NIPIS&SINGKAT,MENDEDAH RAMBUT,DADA,PUNGGUNG DAN PUSAT), berlenggang lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian.

( Hadis Riwayat Muslim )

Wanita di zaman ini ramai yg meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi bertelanjang, meniru pakaian org kafir yg jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja pakaian arits yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya di khalayak ramai dengan sombong, megah, dan tidak segan malu atau tidak takut lagi kepada dosa dan murka Allah SWT.

Pemerintah, mufti2, alim-ulama’, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia pada hari ini akibat daripada kuman2 wanita yg mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki2 dan wanita tanpa batas agama dan undang2. Maka kita semua akan ditimpa bala oleh ALLAH SWT!!

Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke lubang kubur!!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat ALLAH TAALA tetapi mereka tidak mahu taat kepada ALLAH!! Manusia di zaman ini mengetahui ALLAH itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menutut mengenal ALLAH. Mereka menyembah ALLAH SWT sedang mata hati mereka buta terhadap ALLAH SWT dan tidak pernah menghadap  kepada ALLAH SWT, alangkah murkanya ALLAH SWT, tidakkah mereka tahu ALLAH SWT sahaja yg wajud di alam ini??

Manusia di zaman ini ramai yg tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH SWT, rezeki yg mereka kurniakan kepada mereka itu, mereka anggap dr usaha mereka sendiri dan dr cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada ALLAH SWT, dan tidak syukur dgn nikmat ALLAH SWT, dan tidak redha dengan apa yg telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT, maka carilah Tuhan yang lain daripada ALLAH SWT dan keluarlah dari bumi ALLAH SWT.

SEBARKAN..!!


p/s: minta halal jika saper2 rasa info nih hasil nukilannya. aku xpasti dr sumber mana tp xsalah jika aku share..heheh

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW




Khutbah  Terakhir  Nabi Muhammad SAW

Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendakku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yg diamanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yg berhak.


Janganlah sakiti sesiapapun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah SWT telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yg melibatkan riba’ dibatlkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di ats kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka sesungguhnya adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah sama sekali tidak memasukkan  orang yg tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah besungguh-sungguh kata-kataku ini, sujudlah kepada ALLAH SWT dan dirikanlah solat, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, serta kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali org itu di dalam taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan  mengadap ALLAH SWT pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yg kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah disampaikan kepada kamu selama ini. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, ya itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah org lain yg mendengar ucapanku, menyampaikan kepada org lain, dan hendaklah org lain itu menyampaikan pula kepada yg lain. Semoga yg terakhir itu lebih memahami kata-kataku dari mereka yg mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah..bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu..

Kurniakanlah kepada kami ampunan,rahmat..kemurahan dan perlindunganMu..Amiin.

Thursday 4 April 2013

Me MySelf n Mine





Bukan aku tak mahu pergi
Tapi hati kecilku berkata
nanti..nanti..
Lantas kuturutkan nafsu diriku

Bukan..
Bukan aku tak mahu pergi
Tapi hati kecil membisikkan
Sekali kau pergi
Engkau terpaksa pergi setiap hari
Mampukah kau nanti
Lantas kutangguhkan hasrat murni ini

Bukan..Bukan aku enggan pergi
Malah aku berazam setiap masa
Tapi entah kenapa
Azamku hanya di suara
Tidak sampai ke anggota

Bukan Aku enggan pergi
Bahkan aku bercita-cita setiap hari
Tapi entah bagaimana
Cita-citaku dikala kesunyian
Bukan ketika dikelilingi kawan-kawan

Mampukah agaknya
Alasan-alasan ini menyelamatkan aku
Kala...aku ditanya
Pada suatu ketika
Di mana aku menghabiskan MASA MUDA...??


Monday 1 April 2013

mencari...yg BERIMAAAANNNNN...!!!!!





"Apa bezanya menjadi lelaki atau pompuan..???

dua2 sama aje dlm satu hal..diwajibkan MENUTUP AURAT...kalo pompuan dgn fesyen bertudung bonggol unta berlegging cam sarung nangka..lelaki lak berseluar pendek menampakkan kepala lutut serta berantai besar mengalahkan rantai moto RXZ..yg pasti pencarian diorg sama..memasing mengidam nk pasangan beriman...(termasuk aku..huuuuuuuu)....pergile tanya imam muda ke...anak dara yg baru lepas PMR ke..penjual ikan yg xpass SPM ke...kalo tanya camner ciri2 pasangan idaman mesti nk yg beriman..yg soleh/solehah..yg cantek..berbudi bahasa..yg bertanggungjawab bagai..kan..kan..kan...huuhhh..banyak songeh lak..mengidam itu ini mengalahkan mak buyung kembar 9..!!


Apapun, adatlah...sumer dr kita nk yg baik2..yg cantek/tampan. Memang zaman skrg rupa paras menjadi ukuran laku@tidak laku seseorang..(jgn sedeh sesiapa yg kurang paras rupa..aku pun sama) yg kedua kedudukan dan keturunan..dan yg di syorkan oleh Nabi SAW iaitu mendahulukan agama ditolak dan jatuhlah talaknya menjadi no. 4...yg sepatutnya ciri2 agama perlu didahulukan dr paras rupa, harta kekayaan, dan keturunan..hmmm...itu hakikat PENCARIAN PASANGAN d zaman moden nih..senario yg perlu diterima. Tapi sebenarnya aku percaya..INSYA ALLAH..masih ramai d luar sana yg menjadikan agama sebagai tunjang di dlm kehidupan mereka..yg tidak terlalu taksub mencari pasangan yg sempurna dr segi rupa,harta dan pangkat.


Ada gak..dpt pasangan yg cantek rupa dan budi bahasa. dan itu adalah  "rezeki' mereka di dunia..kelebihan mereka..sebagai pemerhati x bertauliah dlm diam aku bersyukur kerana mereka dianugerahkan oleh ALLAH SWT kelebihan itu. Alhamdulillah..


Dan apa jua keinginan dan kehendak kita..marilah sama2 kita bermuhasabah diri dan menyibukkan diri sendiri...mencari keaiban diri..memperbaiki kelemahan diri..menerima kekurangan diri serta kekurangan org lain juga. Insya Allah...kisah hidup kita yg x sempurna akan lebih teratur dan tenang..Salah satu punca mengapa hidup kita tidak tenang kerana sebelum ini minda..hati dan tumpuan kita pada arah yg salah..mencari-cari kesalahan org lain..itu yg wat hidup kita sentiasa resah dan gelisah..kita ini manusia sahabat2 semua..dan bukan manusia namanya...jika tidak pernah menegur/ditegur akan kesalahan dr kelalaian..hanya kerendahan hati/egois yg membezakan kita ini bagaimana..


Jgnlah mengharapkan org lain berubah untukmu tp belajarlah untuk berubah menjadi lebih baik untuk dirimu sendiri..setiap permulaan adalah sukar tp penghujungnya amat manis dan berkekalan...heheheheh...


Muslim/bukan muslim dikenal melalui pembawaan diri..berbanggalah....kerana islam mempunyai identiti tersendiri..yg terbaik..paling selamat..serta memberi ketenangan. Walaupun dgn lambakan fesyen sekarang yg up to date terutamanya fesyen bertudung sekarang tp mataku tetap merasa sejuk dan aman dgn gadis2 yg bertudung labuh dan berpakaian longgar..bukan bertudung tp berbaju sarung nangka..hehehhehehe...iya..betul, ada gak pompuan bertudung lebih liar dr pompuan tak bertudung..malah berlambak beranak anak x sah taraf tp...jgnlah jadikan ALASAN sebegitu untuk mengelak dr kewajipan yg terang lg bersuluh...oooooo...kalo x ikhlas xder guna gak...atau xleh paksa2...islam bukanlah agama paksaan...


Tp sekarang ini agama apa yg dianuti...(bg org islamla...)


Jadi..tepuklah dada...X-ray lah hati...scanla virus yg bersarang.....mungkin ada sesuatu yg xkena di situ sbb kalo hati itu sihat...sekali-kali manusia itu xkan mempersoalkan apa2 perintah dr ALLAH SWT...mudah..!


Jika kita sendiri yg kurang sihat hatinya, camne nk dptkan yg terbaik...hehehe