Sunday 30 September 2012

sabar itu indah


       Ntah naper tarikh yg aku lalui wat aku trigat akan sesuatu.ntah naper bilamana aku cuba untuk memahami akan suatu luahan yg aku tak tau camner nk menafsirkan maksudnya. Mungkin luahan itu datang dari cemburu atau ketidakselesaan kesan dari ketidaksenangan mata yg memandang. Atau luahan itu lahirnya dari rasa takut kehilangan. Siapa tahu,terkadang kita sukar untuk faham apa yg kita inginkan. Mulut berkata tidak tapi hati menjerit mengiyakan. Sebenarnya bukanlah org lain yg mengkhianati kita tetapi diri kita sendiri, seringkali hati tidak berlaku adil terhadap kita. Kerana dengan kelemahan itu, terzahir sudah sikap sebenar kita. Tahu dan faham sesetengah perkara itu tak bagus, memberi kemudaratan atau umpat keji orang tp kita masih mampu menyahkan segala kemungkinan hanya kerana kita punya pendirian sendiri. Bagi aku, tak salah mempertahankan pendapat. Sekurang-kurangnya kita ada pegangan dalam hidup tak cam sesetengah orang yg cam lalang yg ditiup angin. Atau parasit yg hanya tahu bergantung hidup pd org lain dan menyusahkan hidup org lain. Apapun, kita punya pendirian..bukan?? tak kira apa..kita punya sebab. Sebab yg datang dari pengalaman atau keyakinan.
          sorang pernah bgtau aku, katanya “jika kita yakin yg kita bersih, harus kenapa kita bimbang dengan kotoran yg dilemprkan org pada kita??”. Walaupun sorang nih sepanjang aku bersaing dengannya, seorang yg simple pemikirannya dan x pandai utk menghuraikan kesimpulan ‘matematik tambahan’(rasanyalahh..), tp kata2nya tu banyak maksud dan cukup mendalam. Mungkin sorang nih sudah pastilah bersusah payah mencari satu kata2 untuk ‘memujuk’ aku yg agak sibuk berguru dengan tok2 guru. Belajar untuk mempertahankan diri dari serbuan2 fitnah dan tikaman belakang dari manusia2 parasit dan lalang yang buat aku cam baru mati bini. Gitulah..perteguhkan kekuda2 keimanan dan kesabaran..naikkan dan tegapkan setiap langkah jangan sampai tempang. Dunia xkan berhenti berputar dengan kesedihan dan kekecewaan yg kita alami.
          Apapun yg terjadi, berjalanlah tanpa henti. Kita bukan punya apa-apa tanpa Rahmat dan izinNYA. Pastilah hidup ini tenang aman tanpa hasad dengki..bukan??