Tuesday 20 August 2013

( Fesyen Pompuan )......T_______T"


Persoalan 


Assalamualaikum ustaz, 



Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu 



Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 



"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim). 



Ada yang menyatakan seperti ini... 



Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. 



Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya. 



dan pendapat lain adalah seperti berikut 



Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya. 



Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj : 



"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25) 



Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut. 



SEBAB PENGHARAMAN 



Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut: 



SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN 



Rasulullah saw bersabda : 



"Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah" (Hr Bukhari Muslim)



Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut : "Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal" 



Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan. 



SEBAB KEDUA: PENIPUAN 



Muawiyah berkata : 



"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." 
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 



Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya. 



Kesimpulan : 



Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda: 



"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih) 



Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. 



Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar? 



Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam. 



Jawapan dari Ustaz Nor Amin 



Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya. 



Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik. 



Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya. 



Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud : 



"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim). 



Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Thursday 15 August 2013

SEHARIAN HIDUP KITA

Adakah Anda??

“Setiap manusia amat lemah,sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun amatlah rugi jika kesalahan itu dilakukan secara berulang-ulang tanpa rasa kesal dan berdosa lantas lupa untuk memohon keampunan dari Allah SWT.”
-AloneKazruya-

Assalamualaiikum..lama dh x post apa2. Mintak maap sumer. Aku harap post terbaru nih dapat memberi manafaat yg baik secara berterusan kepada kita semua. INSYA ALLAH. ( *_* ) jangan tanya yep mana sumbernya sebab aku xingat tp aku harap saper2 yg rasa post tuh yg dia punya aku mintak halal. Bukan apa…mana tau..zaman sekarang nih macam2 jd, aku harap tuan asal dia xmarah2 naaa..(U_U)

Oleh itu, dipersilakalah baca dan kalo nk copy mengepih mengedit tuh ambik jerr..xyah nk risau2.

1.      Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.      Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.      Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.      Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yg pertama semasa solat berjemaah?
5.      Adakah anda membaca ayat2 Al-Qur’an?
6.      Adakah anda membaca Al-Ma’thurat(doa amalan Nabi) pada hari ini?
7.      Adakah anda sudah berselawat ke atas Rasulullah pada hari ini?
8.      Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.      Adakah anda menziarahi org lain kerana Allah?
10. Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran?
11. Sejauh manakah anda merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12. Adakah anda membaca buku-buku agama islam?
13. Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14. Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15. Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16. Adakah anda menitis air mata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17. Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18. Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19. Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20. Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21. Adakah anda memungkiri janji?
22. Adakah anda berbohong?
23. Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNYA?
24. Adakah anda pernah terjerumus ke dalam maksiat?
25. Adakah anda pernah terfikit untuk melakukan maksiat?
26. Adakah anda menzalimi orang lain?
27. Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28. Adakah anda mengumpat orang lain?
29. Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30. Adakah anda memaafkan org lain kerana Allah?
31. Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta penuh harap kepada Allah?
32. Adakah anda beristighfar kepada Allah sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33. Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34. Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35. Adakah anda mengabaikan masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36. Adakah anda berwudhuk sebelum tidur?
37. Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38. Adakah anda berniat untuk solat malam?
39. Adakah anda berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?


Sebelum cabut, ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim dan muslimah yg mengenali aku, x kira kenal nama aje atau kenal muka xpun apa je..Maaf Zahir Batin baik di dunia dan di akhirat gak..jika ada yg terasa tersentak perasaan dari kata2 dan perbuatan harap dgn penuh keikhlasan dapat dimaafkan. Trimas……


..Sekian..

Charlie Chaplin

Akhirnya....aku paham


MOBILE SUIT GUNDAM SEED DESTINY HD REMASTER-Episode 14:Flight to Tomorro...