Friday 14 December 2012

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN





Z  Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
Z  Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
Z  Jangan makan/minum dalam bekas yang sumbing atau pecah. Makruh kerana ianya merbahayakan.
Z  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh kerana mewarisi kepapaan.
Z  Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Z  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA MAKAN. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan laknatullah.
Z  Jangan keluar rumah tanpa berniat untuk membuat kebajikan/kebaikan. Takut2 nanti mati dalam perjalanan.
Z  Jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Z  Jangan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Z  Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikny a.
Z  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa sahaja.
Z  Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua orang tua kita dan sesame kita kalau memang kita bersalah.
Z  Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silahturrahim.
Z  Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa bila gagal.
Z  Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Z  Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Z  Jangan biasakan diri berbohong kerana ia adalah cirri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih saying orabg kepada kita.
Z  Jangan suka menganiaya manusia/haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Z  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
Z  Jangan duduk di bilik air telalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
Z  Jangan meroko atau memasang kemenyam kerana asap itu adalah makanan jin.
Z  Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
Z  Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kerana ALLAH ).
Z  Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab kesemuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.


Sumber : YusranPublishingHouse

Thursday 6 December 2012

どこで行方不明ですか??





Assalamualaiikum….

        Sedang asyik memikirkan cara dan bagaimana mahu dikumpulkan semula semangat yang menghilang..tinta qalam bagai terhenti menulis..dek kerana berita yg buat aku terasa diam terkaku..terkedu dan sesaat sisa semangat yg masih ada bagaikan dirampas lagi..ketenangan kurasa masih jauh. Seolah tidak mahu aku mengecapinya walau sesaat. Berita itu sebenarnya sudah kuagak kan berlaku..tetapi kusangka secepat itu..waktu2 sedang aku mencari punca dan alas an untuk terus hidup. Dan..kutahu..aku sekali kali xboleh manamatkan kisahku dalam keterpaksaan masa yg terus berjalan..aku memaksa untuk menghadapinya dgn hati yg tidak tenang..bagai kemana aku pergi…hilang diri sendiri.
        Dalam diam..aku cuba untuk berlagak tenang..seperti redha dengan perkhabaran tetapi dlm hati bagai ada ombak tsunami, bergeloran dan menganas menyapu sisa2 kesabaran yg masih ada. Perlukah sekali lagi aku berdiam diri dn menjadi manusia munafik..yg berpura-pura senyum ketawa..untuk kesenangan atau kemudahan manusia2 yg hanya mengerti segala kehendaknya dituruti..berlakon menyetujui akan segala keputusan..membiarkan hidup diperkotak katikkan berkali kali..malah setiap hari..buat aku bosan..bengang dan ingin rasanya mahu mengalah!! Sekeliling manusia di situ memang suka mengambil kesempatan dan mengunakan kedudukan dan alas an ARAHAN bagi melunaskan kemahuan dan kehendak mereka. Meninggalkan beban dan kesusahan pada manusia bahawa yg dirsakan akan setia dengan alas an ARAHAN…
        Semakin hari..ianya semakin teruk..sukar dikawal..masing2 mencipta juta alas an dan bertelagah sesame dan paling istimewa mencari pengaruh..mereka tahu pasti ada yg menyokong dan menurut..masakan ada yg berani mmbangkang dan memberontak..masakan ada yg berani lantang bersuara..kesudahannya pati buruk..penuh penyesalan..akhirnya mengambil keputusan untuk bertaam dua muka..di depan puji sanjung meleambung..manakala di belakang kesemua ketidakpuasan dan marah terhambur bersama dengan kata2 kesat..namun keesokan hari, bibir yg sama mengulangi ayat indah dan penuh optimis…adakah..itu sesuai kugelar munafik..atau talam dua muka?? Api dalam sekam?? Atau gunting di dalam lipatan..sungguh..aku tidak mahu jadi sebegitu..diambil kesempatan bertubi-tubi..lelah..letih..tidak berdaya..apa tiadakah keadilan atau pembalasan untuk mereka..jika ada…tunjukkan keadilan dan pembalasan tersebut…kerna aku percaya..adanya pembelaan dariNYA.

Friday 30 November 2012

someOne is calling me from my forgotten past..

I had my best love before, but i don't treasure her..When i lost her i felt regretful..it is the most painful thing in this world. If GOD can give me another chance..i will say "I LOVE YOU" to her. If there is a time limit...I HOPE IT IS 10 THOUSAND YEARS...


Sunday 18 November 2012

Sang Pengubat Lara Hati...Dalam Kenangan



kau pergi tanpa mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepadaku..namun terusan aku berharap kita kan JUMPA LAGI..yang DITINGGALKAN itu sebenarnya LEBIH SEPI dari yang PERGI....mungkin MEREKA xfaham apa yg KITA rasai..sampai masa sudah..waktu PERPISAHAN KITA...aku harap KAU kan jumpa SESEORANG yg lebih baik dari AKU...
.

Monday 29 October 2012

Rintihan seorang hamba ALLAH


    

          Assalamualaiikum..

Apa agaknya yg berlaku jika suatu hari nanti kita berdepan kembali dengan perbuatan jahat dan sikap tidak baik yg pernah kita lakukan??? Atau mungkin waktu itu kita menghadapi hasil dari perbuatan itu lantas bagaimana untuk menghadapi dan menanganinya jika keupayaan utk berubah masih belum ada.
Mungkin..ramai yg yg pernah terfikir akan hal itu..merasa yakin tiada sesiapa yg tahu tentang apa yg telah kita lakukan, kerna itu kita merasa seronok dan bangga malah langsung tidak merasa bersalah, apatah lagi berdosa dengan perbuatan yg terang-terangan memang melampau dan menzalimi diri sendiri. Malah mungkin yakin selamat dari dihukum atau dicaci org dengan perbuatan tersebut. Menyembunyikan aib dan buruk sendiri tetapi bersungguh-sungguh membuka aib dan kelemahan orang. Bangga dan riak berselindung di sebalik kebaikan yg penuh pura2. Bersolat berpuasa tp hati dan jiwa masih dikawal nafsu yg bermaharajalela. Lantas menjadi hamba yg taat setia bertuhankan hawa nafsu yg terkutuk. Tanpa sedar seluruh alam turut mengutuk manusia yg bertuhankan nafsu. Akal dan iman dibuang ketepi, halal dan haram tidak diambil peduli. Begitu…sikap manusia..termasuk diriku sendiri. Sering saja aku menangis..merintih..MALU..HINA..dan LETIH dengan segala kemungkaran dan kesalahan yg berulang-ulang. TAKUT…jika andai mengundang kemurkaan Tuhan. Kutahu..kutahu pasti murkaNYa lagi seksa azabNya..pasti itu semua pernah terlintas di dalam hati..menyesali sesaat tetapi kembali kepada ajakan dan rayuan hawa nafsu dan dunia yg sungguh sungguh tidak pernah mengenal erti lelah atau penat untuk mencampakkan manusia ke lubang maksiat.
Sungguh..aku MALU wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui…aku telah menghinakan diriku sendiri…menzalimi diriku sendiri..menyedut racun yg kusangka ubat ke dalam mulutku sendiri. Wahai hati..wahai jiwa..wahai diriku yg dijadikanNYA untuk beribadat dan menyembahNYA..nafsu telah membuatkan kita semua bakal tercampak ke dalam api neraka..berada dlm murkaNYA…jasad ini akan hancur lunyai menanggung seksa kerna mengikut segala hawa nafsu yg membabi buta..salahku..silapku..ampunkan aku Ya ALLAH..maafkan aku..ampuni aku..kerna dari kejahilan itu aku telah menzalimi diriku dan org sekelilingku.

Sunday 30 September 2012

sabar itu indah


       Ntah naper tarikh yg aku lalui wat aku trigat akan sesuatu.ntah naper bilamana aku cuba untuk memahami akan suatu luahan yg aku tak tau camner nk menafsirkan maksudnya. Mungkin luahan itu datang dari cemburu atau ketidakselesaan kesan dari ketidaksenangan mata yg memandang. Atau luahan itu lahirnya dari rasa takut kehilangan. Siapa tahu,terkadang kita sukar untuk faham apa yg kita inginkan. Mulut berkata tidak tapi hati menjerit mengiyakan. Sebenarnya bukanlah org lain yg mengkhianati kita tetapi diri kita sendiri, seringkali hati tidak berlaku adil terhadap kita. Kerana dengan kelemahan itu, terzahir sudah sikap sebenar kita. Tahu dan faham sesetengah perkara itu tak bagus, memberi kemudaratan atau umpat keji orang tp kita masih mampu menyahkan segala kemungkinan hanya kerana kita punya pendirian sendiri. Bagi aku, tak salah mempertahankan pendapat. Sekurang-kurangnya kita ada pegangan dalam hidup tak cam sesetengah orang yg cam lalang yg ditiup angin. Atau parasit yg hanya tahu bergantung hidup pd org lain dan menyusahkan hidup org lain. Apapun, kita punya pendirian..bukan?? tak kira apa..kita punya sebab. Sebab yg datang dari pengalaman atau keyakinan.
          sorang pernah bgtau aku, katanya “jika kita yakin yg kita bersih, harus kenapa kita bimbang dengan kotoran yg dilemprkan org pada kita??”. Walaupun sorang nih sepanjang aku bersaing dengannya, seorang yg simple pemikirannya dan x pandai utk menghuraikan kesimpulan ‘matematik tambahan’(rasanyalahh..), tp kata2nya tu banyak maksud dan cukup mendalam. Mungkin sorang nih sudah pastilah bersusah payah mencari satu kata2 untuk ‘memujuk’ aku yg agak sibuk berguru dengan tok2 guru. Belajar untuk mempertahankan diri dari serbuan2 fitnah dan tikaman belakang dari manusia2 parasit dan lalang yang buat aku cam baru mati bini. Gitulah..perteguhkan kekuda2 keimanan dan kesabaran..naikkan dan tegapkan setiap langkah jangan sampai tempang. Dunia xkan berhenti berputar dengan kesedihan dan kekecewaan yg kita alami.
          Apapun yg terjadi, berjalanlah tanpa henti. Kita bukan punya apa-apa tanpa Rahmat dan izinNYA. Pastilah hidup ini tenang aman tanpa hasad dengki..bukan??