Thursday 28 November 2013

3 Sumber Segala Dosa

3
 Sumber
 Segala Dosa



D
i antara sifat2 mazmumah yg merupakan sumber segala dosa ialah angkuh, tamak dan hasad dengki. Jika seorang ketua masyarakat memiliki sifat2 ini, maka pecahlah masyarakat tersebut;

sifaft2 mazmumah utama yg menghilangkan bahagia di hati seseorang ialah;

PEMARAH – Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.

PENDENDAM – T ersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yg kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak org yg didendaminya itu..( T___T )


HASAD DENGKIAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

BAKHIL Sentiasa merasakan orang lain menginginkan hartanya, kesenangan dan pangkat darinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit ( rezeki yg diberikan oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah SWT lebih sayang orang yg fasik tetapi lebih pemurah berbanding orang yg abid tetapi bakhil. Biarpun fasik, pemurahnya tetap member manafaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu diberikan Allah SWT melalui makhlukNYA.

TAMAKOrang yg tidak puas hati dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yg banyak kerana dunia ini baginya seperti ibarat meminum air laut. Walaupun berapa banyak yg diminum tetapi tidak habis. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki ialah apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanafaatkan.

TIDAK SABAR – Andainya perkara kecil tidak boleh bersabar apatah lagi hal2 besar.

EGO / ANGKUHIbu segala mazmumah. Ia membuatkan seseorang itu tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir atau batinnya. Semua orang ada egonya sendiri, Cuma tinggi atau rendah tahap keegoannya.


( sumber gambo :kartunis Nik  )

RIAK Terseksa sendiri kerana sentiasa mencari-cari peluang untuk 
dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah SWT murka kalau kita riak dan takabbur dengan apa yg kita ada.

CINTA DUNIA – Tidak dapat dunia menderita, dapat pun menderita kerana susah pula menjaganya. Berhartalah, tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila kita mati cuma alaman dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Letakkanlah akhirat itu dunia dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi dan akhirat dibawa mati.



Sekian saja hrp memberi manafaat dan kebaikan yg berkekalan..Aamiin.


6 Perkara yang disembunyikan Allah SWT


ALLAH SWT selesai menciptakan malaikat Jibrail as dengan bentuk yg cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yg panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada berpendapat lain mengatakan 124,000 sayap). Setelah itu, Jibrail as melihat dirinya dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yg lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah SWT berfirman yg bermaksud.
“Tidak”
Kemudiaan Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yg bermaksud:
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dgn ibadah yg bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanati akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yg lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar saja, dan mereka di dalam keadaan lupa dan serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU.”
Kemudiaan Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah SWT berfirman yg bermaksud: “ Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal..”
Lalu Jibrail a.s meminta izin daripada Allah SWT untuk melihat syurga ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin daripada Allah SWT, maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 3000 tahun sehinggalah dia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiga, atau seperempat?”
Kemudiaan Allah SWT berfirman yg bermaksud:
“ Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang 3000 tahun dan meskipun aku member kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yg telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yg telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yg mereka kerjakan..”
Marilah kita sama2 fikirkan dan berusaha lakukan..Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

Allah SWT telah menyembunyikan redhaNYA dalam taat.
Allah SWT telah menyembunyikan murkaNYA dalam maksiat.
Allah SWT telah menyembunyikan namaNYA yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramdhan.
Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.