Friday 5 April 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW




Khutbah  Terakhir  Nabi Muhammad SAW

Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendakku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yg diamanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yg berhak.


Janganlah sakiti sesiapapun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah SWT telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yg melibatkan riba’ dibatlkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di ats kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka sesungguhnya adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah sama sekali tidak memasukkan  orang yg tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah besungguh-sungguh kata-kataku ini, sujudlah kepada ALLAH SWT dan dirikanlah solat, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, serta kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali org itu di dalam taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan  mengadap ALLAH SWT pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yg kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah disampaikan kepada kamu selama ini. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, ya itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah org lain yg mendengar ucapanku, menyampaikan kepada org lain, dan hendaklah org lain itu menyampaikan pula kepada yg lain. Semoga yg terakhir itu lebih memahami kata-kataku dari mereka yg mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah..bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu..

Kurniakanlah kepada kami ampunan,rahmat..kemurahan dan perlindunganMu..Amiin.

No comments:

Post a Comment