Sunday 28 April 2013


Langkah2 Memperbaiki Iman

Z Bersihkan rumah dari setiap perhiasan yg menyerupai patung2 dan berhala.

Z Banyakkan bergaul dengan orang2 soleh dan melibatkan diri dengan majlis2 ilmu.

Z Mudah member kemaafan di atas kesalahan org lain terhadap kita.

Z Bila berada di dalam keadaan marah jangan berlebihan, ingatlah sifat marah itu adalah berasal dari syaitan laknatullah.
Z Banyak mengerjakan sembahyang terutama di masjid.
Z Banyakkan berdoa, berzikir dan bertahmid kepada ALLAH SWT.
Z Banyakkan beristighafar dan memohon taubat kepada ALLAH SWT.

Z Cintailah seseorang tetapi tidak berlebihan.

Z Hargailah setiap pemberian dan hadiah dari orang lain kepada kita.

Z Jangan terlalu tamak kepada harta.

Z Jangan terlalu bercita-cita tinggi terhadap sesuatu kedudukan.

Z Jangan berkeinginan terlalu tinggi melebihi dari kemampuan diri sendiri.

Z Tidak merasa goyah kerana sesuatu fitnah yg dilemparkan.

Z Jangan mencampuri harta yg halal dengan yg haram.

Z Jangan mempunyai musuh kecuali iblis dan syaitan.

Z Jangan terlalu takut kepada kemiskinan dan kesusahan.

Z Jangan melakukan sesuatu yg menyebabkan org lain terganggu.

Z Jangan berkata sesuatu yg menyebabkan org lain rasa terhina.

Z Jangan cepat percaya kepada berita buruk mengenai sahabat kita sebelum diperiksa akan kebenarannya.

Z Jangan melengah-lengahkan tanggungjawab dan kewajipan.

Z Jangan terlalu banyak membuat hutang.

Z Jangan terlalu mudah membuat janji, tetapi tidak menunaikannya.

Z Jangan menyimpan dendam dan berkeinginan untuk membalas kejahatan dengan kejahatan.

Z Jangan menyimpan benci terhadap orang membenci kita.

Z Jangan biasakan diri dengan berkata dusta dan berbohong.

Z Jangan membuka aib orang lain.

Z Jangan bersedih kerana miskin, dan jangan bersikap sombong kerana kaya.

Z Jangan menghabiskan waktu sekadar untuk mendapat hiburan dan kesenangan yang melalaikan.

Z Jangan ada rasa takut kecuali kepada ALLAH SWT.

Z Jangan membiasakan diri melakukan dosa2 kecil.

Z Jangan bersikap sombong, takabur, angkuh dan besar kepala.

Z Jangan menzalimi dan mengianaya anak2 yatim.

Z Jangan menghina  kepada mereka yg suka meminta-minta, hulurkan sedekah kerana ALLAH sekadar yg termampu.

Z Jangan membuat dosa kepada kedua ibu bapa.

Z Jangan menyimpan hasad dengki dan dendam terhadap kejayaan orang lain.

Z Jadilah insan yang boleh menyumbangkan manafaat kepada agama, bangsa dan Negara.

Z Jangan meraih kejayaan di atas penderitaan dan kesengsaraan orang lain.

Z Jangan mengumpul kekayaan tetapi dengan memiskinkan orang lain.

Z Sentiasa berlaku adil dalam setiap urusan dan pekerjaan.

Z Sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya.

Z Sentiasa menghormati dan menyimpan perasaan kasih kepada guru2 dan alim ulama;.

Z Sentiasa mengingati kepada kematian dan menyedari bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja.

Z Sentiasa berlaku adil walaupun diri kita sendiri yg akan menanggung kerugian.

Z Sentiasa memelihara dan menjaga amanah dengan rasa tanggungjawab.

Z Sentiasa memandang ke bawah supaya diri kita bersyukur kepada ALLAH SWT di atas apa yg diberikan.

Z Jangan berputus asa bila berdepan dengan kesusahan.

Z Kurangkan percakapan dan perbualan yg sia2.

Z Makanlah dengan secukupnya tetapi tidak perlu kenyang dan berlebihan.

Z Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an dan menghayati maksudnya.

Z Menjauhkan diri dari penyakit2 batin.

Z Memperbanyakkan sembahyang malam.(sunat)

Z Memperbanyakkan berselawat kepada jujungan mulia Nabi SAW.

Z Menyayangi akan fakir miskin dan sentiasa berlaku baik terhadap mereka.

Z Menganggap setiap pertemuan kerana Allah dan perpisahan jua kerana Allah.

Z Sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri dari dosa2 besar.

Z Sentiasa bersyukur bila mendapat nikmat, bersabar bila mendapat kesulitan.

Z Sentiasa bertawakal kpd Allah di atas setiap kerja dan amal.

Z Sentiasa ikhlas di atas setiap kerja dan perbuatan.

Z Tunaikanlah janji, bila telah diikrarkan dan mintalah maaf bila tidak dapat melaksanakannya.

Z Yakin diri setiap kebajikan akan mendatangkan kebaikan dan setiap kejahatan, akan mendatangkan kerosakan.

Z Sentiasa menghormati kepada setiap orang walaupun ianya lebih muda dari kita.



Sumber          :  Luper..apapun semoga bermanafaat untuk ummah..

No comments:

Post a Comment