Friday 5 April 2013

Fitnah Akhir Zaman !!






Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW:

“Ada dua GOLONGAN DARI AHLI NERAKA yang belum aku lihat saat ini; satu kaum yang membawa cemeti(cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut, dan satu kaum iaitu WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG (KETAT,NIPIS&SINGKAT,MENDEDAH RAMBUT,DADA,PUNGGUNG DAN PUSAT), berlenggang lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian.

( Hadis Riwayat Muslim )

Wanita di zaman ini ramai yg meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi bertelanjang, meniru pakaian org kafir yg jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja pakaian arits yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya di khalayak ramai dengan sombong, megah, dan tidak segan malu atau tidak takut lagi kepada dosa dan murka Allah SWT.

Pemerintah, mufti2, alim-ulama’, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia pada hari ini akibat daripada kuman2 wanita yg mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki2 dan wanita tanpa batas agama dan undang2. Maka kita semua akan ditimpa bala oleh ALLAH SWT!!

Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke lubang kubur!!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat ALLAH TAALA tetapi mereka tidak mahu taat kepada ALLAH!! Manusia di zaman ini mengetahui ALLAH itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menutut mengenal ALLAH. Mereka menyembah ALLAH SWT sedang mata hati mereka buta terhadap ALLAH SWT dan tidak pernah menghadap  kepada ALLAH SWT, alangkah murkanya ALLAH SWT, tidakkah mereka tahu ALLAH SWT sahaja yg wajud di alam ini??

Manusia di zaman ini ramai yg tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH SWT, rezeki yg mereka kurniakan kepada mereka itu, mereka anggap dr usaha mereka sendiri dan dr cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada ALLAH SWT, dan tidak syukur dgn nikmat ALLAH SWT, dan tidak redha dengan apa yg telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT, maka carilah Tuhan yang lain daripada ALLAH SWT dan keluarlah dari bumi ALLAH SWT.

SEBARKAN..!!


p/s: minta halal jika saper2 rasa info nih hasil nukilannya. aku xpasti dr sumber mana tp xsalah jika aku share..heheh

No comments:

Post a Comment