Saturday 14 September 2013

( 25 PESANAN LUQMANUL HAKIM )




















25 Pesanan Luqmanul Hakim

1.      Hai anakku: Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada Allah SWT.

2.      Orang2 yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat org lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah SWT.

3.      Hai anakku: orang yg berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha mengindarkan maksiat kepada Allah.

4.     Hai anakku: Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yg dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

5.      Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.      Dan selalulah berharap pada Allah tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7.      Hai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak menlamunkan hal2 yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada member pengertian kepada orang yg tidak mahu mengerti.
8.      
Hai anakku: Engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

9.      Hai anakku: Janganlah  engkau mengirimkan org yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tiada orang yg cerdik, sebaiknya dirimulah saja yg layak menjadi utusan.

10.                        Jauhilah sifat berdusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11.                         Hai anakku: bila engkau mempunyai 2 pilihan, takziah org mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatimu akan perkampungan akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12.                         Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.                         Hai anakku: Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegarn dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14.                         Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang2 yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama’ dengan cara meminta nasihat dripd mereka.

15.                         Hai anakku: Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu memikulnya.

16.                         Hai anakku: Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17.                         Selalulah baik tuturkasta dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.                         Hai anakku: bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia mengharapkan sesuatu darimu.

19.                         Jadikanlah dirimu dalam setiap segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.                         Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yg lebih hina daripada orang yg terpedaya dengan dunianya.

21.                         Hai anakku: usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata2 yg busuk dan kotor serta kesat, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manafaat bagi orang lain.

22.                         Hai anakku: janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yg tiada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu
.
23.                         Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24.                         Hai anakku: bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya yg bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25.                         Hai anakku: ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tending dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yg membuat beban kepada orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini seta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya apa yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bertalam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, wasalam.

Sumber: Zindagi Ekk Safar ( bohot2 syukriya )

No comments:

Post a Comment