Friday 31 May 2013

Kita Ini Tempayan Retak..



Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada pengandar dibahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang lagi satu tidak. Jika tempayan yg tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan pulang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yg retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal itu terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah air ke rumah majikannya.
Tentu sahaja tempayan yg tidak retak itu merasa bangga dengan akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan yg malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih sebab ianya hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yg seharusnya dapat diberikannya.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf.”
“Kenapa?” Tanya si pengangkut air. “kenapa kamu berasa malu?”
“Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yg seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yg saya bawa bocor sepanjang jalan menuju ke ruma majikan kita. Kerana kecacatan itu, saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam nada belas kasihannya, dia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan.”
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak itu memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih keprana separuh air yg dibawanya telah bocor. Dan kembali tempayan retak itu meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan retak itiu, “Apaka kamu memerhatikan adanya bunga2 di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yg tidak retak itu. Ini kerana aku selalu meyedari akan kecacatanmu. Dan aku memanafaatkannya. Aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yg retak mengairi benih2 itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga2 indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya, tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”


Setiap daripada kita memiliki kecatatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun, jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-NYA. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yg terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita..Wasalam.

Sumber : Majalah Blues Selamanya (27)

No comments:

Post a Comment