Keunggulan
cinta wanita sufi,
Rabi’ah Al-Adawiyah
KEKASIHKU tiada menyamai kekasih lain
biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi
Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetikpun.”
Begitulah antara ungkapan cinta agung
wanita sufi, Rabi’ah Al-Adawiyah kepadaTuhan Yang Maha Esa, Allah SWT. Segala
rasa cinta, tulus, kasih dan kehidupannya dicurahhkan kepada Tuhan Maha
Pencipta.
Wacana mahabatullah dalam dunia tasawuf
dipopularkan olehnya yang menjadi kekasih Allah (waliyyullah). Tampilnya
Rabi’ah, seorang wanita suci, dalam sejarah tasawuf islam, memberikan cinta
tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran spiritual islam.
Bahkan dalam perjuangannya menempuh
perjuangan ‘melawan diri sendiri’ dan seterusnya tenggelam dalam ‘telaga cinta
Ilahi’, dinilai oleh kalangan sufi telah melampau seratus darjat orang2 soleh
dari kalangan kaum lelaki.
Nama sebenarnya Rabi’ah Binti Ismail
al-Adawiyah, tergolong sebagai antara wanita sufi yg terkenal dalam sejarah
islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua hijrah berhampiran kota Basrah
di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yg miskin dari segi kebendaan namun kaya
dengan ibadat kepada Allah SWT. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang
menyeberangi sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Rabiah al-Adawiyah termahsyhur kerana
pengalaman sprititualnya, iaitu mahabbah atau penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah SWT. Pengalaman ini diperolehi bukan melalui guru, melainkan
pengalamannya sendiri. Jika sebelumnya Hassan al-Basri, ahli hadis dan fiqh,
telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, maka Rabi’ah
melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah SWT telah
memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat idi hatinya untuk
mencintai sesuatu selain Allah SWt. Baginya, dorongan mahabbah berasal dari
dirnya sendiri dan juga kerana hak Allah SWT untuk dipuja dan dicintai. Puncak
pertemuan mahabbah antara hamba dan cinta Allah SWT yang menjadi akhir
keinginan Rabi’ah.
LAMBANG KEUNGGULAN WANITA SUFI
Kaum sufi adalah kaum
muslim sejati. Kaum sufi banyak mengutip banyak ayat Al-Qur’an untuk mendukung
ajaran mereka. Kaum sufi meupakan kaum yang sangat menekankan amalan bangun
beribadah pada malam hari dan menjalani kehidupan zuhud. Praktik pertama
berasal daripada keyakinan dan keimanan Nabi bahawa memelihara kegiatan bangun
malam adalah satu kemuliaan dan keutamaan, sementara praktik kedua bersumber
keupayaan keum sufi ‘meninggalkan dunia’. Kezuhudan pada dasarnya berupa diam,
menyendiri, puasa dan terus menerus menyebut (berzikir) salah satu dari
nama-nama Allah SWT.
Kaum sufi sangat menginginkan ganjaran
syurga di akhirat kelak dan sangat takut akan seksa neraka, dengan cara
menghabiskan masa hidup mereka dalam mencari kesalihan sempurna. Akan tetapi,
pada tahap kedua perkembangan tasawuf, unsur2 kerinduan dan cinta kepada Allah SWT ditambah dengan askestisisme atau
latihan kezuhudan menjadi sangat dominon pada ketika itu. Titik berat kepada
cinta Ilahi perlahan-lahan mengantikan titik berat sebelumnya, iaitu takut
kepada seksaaan Allah SWT.
Perasaan yang biasa disuarakan oleh kaum
sufi pada abad ini iala ibadat yg mereka lakukan kepada Allah SWT bukanlah
disebabkan takut kepada seksaan neraka dan berharapa ganjaran syurga, melainkan
semata-mata kerana cinta dan ibadat yg memang berhak diperolehi Allah SWT.
Rabi’ah sebagai wanita sufi pernah
berbicara dengan penuh gelora dan ghairah. “Aku bersumpah demi keagunganMU
bahawa aku beribadat kepadaMU bukan kerana mengharapkan balasan syurga atau
takut kepada seksa neraka. Aku beribadat kepadaMU semata-mata demi keluhuran
dan keagunganMU.”
Kehidupan Rabi’ah Al-Adawiyah
Rabi’ah yg berparas
cantik, memiliki suara merdu, dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuaannya
sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika
menyanyi, Rabi’ah tiba2 merasakan kedekatannya dengan Allah SWT yang seolah olah
memanggilnya. Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan
menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabi’ah tetap berdoa
kepada Allah SWT . Rabi’ah pun dijual kepada seorang sufi yang mengajaknya
bernikah. Rabi’ah menolaknya kerana kecintaannya yg tinggi pada Allah SWT. Setelah
dibebaskan, Rabi’ah memutuskan untuk hidup menyendiri.
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah
iala ketika dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkawinan itu
memang perlu bagi sesiapa yang menpunyai pilihan. Adapun, aku tidak mempunyai
pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-NYA. Aku tidak
mempunyai apa2 pun.”
Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia
menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai
cinta kepada Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Aku cinta kepada Nabi SAW, tetapi
cintaku kepada Khalik(Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta
kepada makhluk(segala ciptaan).”
Rabi’ah seolah olah tidak menegenali
yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus terusan mencintai Allah SWT
semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lainkecuali untuk mencapai keredhaan
Allah SWT. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya
hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kafannya di
hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus menerus
mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMU
supaya tiada sesuatupun yang dapat memalingkan aku daripadaMU.”
Cinta Rabi’ah kepada Allah SWT merupakan
cinta suci, murni dan sempurna seperti disenandungkan kepada syair ini: “Aku
mencintaimu dengan dua cinta;cinta kerana diriku, dan cintak kerana diriMU.
Cinta kerana diriku sentiasa keadaanku yang sentiasa mengingatMU yang
mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini,mahupun untuk itu,
pujian bukanlah bagiku, bagiMU lah pujian untuk kesemuanya. Buah hatiku, hanya
Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke
hadratMU. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan
mencintai selainEngkau.”
Rabi’ah mencurahkan seluruh hidupnya
untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana itu, ia memilih hidup zuhud
agar bebas dari segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya,
kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa; “Ya
Allah, aku berlindung kepadaMU daripada segala perkara yang menyibukkanku
sehingga aku tidak sempat menyembahMU dan segala rintangan yang merenggangkan
hubunganku denganMU.”
Rabi’ah sang pencinta agung itu,
mencintai Tuhan bukan kerana naluri kewanitaannya. Dia mencintai Tuhan dengan
sepenuh jiwanya, mencintai zatNYA, sifat-sifatNYA. Ia bertafakur, berzikir,
juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang kekuasaan dan kebesaranNNYA,
sehingga tidak ada ruang sedikitpun dalam dirinya untuk berfikir selain DIA.
Dia merelakan menjadi ‘gadis abadi’. Dia
tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan
abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.
Ketika ditanya: “Kenapa engkau tidak
bernikah wahai Rabi’ah?” dia menjawab: “Tidak ada tempat dihatiku kecuali
kekasih sejati.”
Rabi’ah menyembah Tuhan dengn penuh
cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan
melalui pemahaman.
Kalimat rindu dan ungkapan cinta Rabi’ah
kepada Kekasih Sejatinya sering kita dengar dalam lantun tawajjuh-nya:
“Tuhanku, jika laku ibadahku hanya untuk
menjauhkan diri daripada api nerakaMU, maka kelak bakarlah aku dengan api
nerakaMU. Jika sembahanku hanya untuk meraih syurgaMU, maka haramkanlah
syurgaMU bagi diriku. Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih
sayangMU, berikanlah daku kurniaMu yang besar, kurniakanlah kepadaku agar dapat
melihat wajahMU Wahai Yang Maa Perkasa Lagi Maha Mulia.”
Dalam pandangan Rabi’ah, cinta pada
galibnya adalah kehidupan spritiual, cinta bersal dari Allah dan untuk Allah.
BERAKHIR RIWAYAT HIDUP RABI’AH
Seorang penulis
riwayat hidup Rabi’ah yang berasal dari parsi mengnisahkan kematiannya sebagai
berikut:
Pada masa menjelang akhir hayatnya,
banyak sekali orang alim duduk mengeliliginnya. Rabi’ah meminta kepada mereka, “Bangkitlah
dan keluarlah. Berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!”
maka semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka
terdengar suara Rabi’ah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar
sebuah suara.”….Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu,
berpuas-puaslah denganNYA. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKU dan
masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr:27-30)
Sesudah itu, tidak terdengar lagi suara
apa pun, pada ketika orang2 itu masuk kembali ke bilik itu mereka mendapati
Rabi’ah sudahpun meninggalkan dunia fana ini. Sesudah Rabi’ah menghembuskan
nafas terakhirnya, segera para doctor yang berdiri di hadapannya meminta agar
jasad wanita sufi ini segera dimandikan. Setelah semua jasad wanita sufi ini
dimandi dan dikafankan, mereka bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan
mengkebumikan jasad itu di tempat yang dia akan berada di sana selamanya.
RABI’AH SEBAGAI CONTOH KELUHURAN CINTA AGUNG KEPADA-NYA
Sesungguhnya rasa cinta yang ditunjukkan Rabi’ah menyedarkan kita
akan kecilnya diri kita di dalam dunia fana ini. Apa juga lintasan hati dan
luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung cara hati kita berhubung
dengan Allah SWT. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka
bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan
cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah
merasa kecewa dengan gelagat sesame insane yang pelbagai ragam. Keadaan sebegini
sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam
yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat
kehidupan manusia. Kemudiaan cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah
kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita
sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu
membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudiaannya mesti diperkukukan
dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan
menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. In shaa Allah.
Sumber : majalah
PEREMPUAN/oktober09/129
No comments:
Post a Comment