Thursday, 28 November 2013

3 Sumber Segala Dosa

3
 Sumber
 Segala Dosa



D
i antara sifat2 mazmumah yg merupakan sumber segala dosa ialah angkuh, tamak dan hasad dengki. Jika seorang ketua masyarakat memiliki sifat2 ini, maka pecahlah masyarakat tersebut;

sifaft2 mazmumah utama yg menghilangkan bahagia di hati seseorang ialah;

PEMARAH – Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.

PENDENDAM – T ersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yg kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak org yg didendaminya itu..( T___T )


HASAD DENGKIAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

BAKHIL Sentiasa merasakan orang lain menginginkan hartanya, kesenangan dan pangkat darinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit ( rezeki yg diberikan oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah SWT lebih sayang orang yg fasik tetapi lebih pemurah berbanding orang yg abid tetapi bakhil. Biarpun fasik, pemurahnya tetap member manafaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu diberikan Allah SWT melalui makhlukNYA.

TAMAKOrang yg tidak puas hati dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yg banyak kerana dunia ini baginya seperti ibarat meminum air laut. Walaupun berapa banyak yg diminum tetapi tidak habis. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki ialah apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanafaatkan.

TIDAK SABAR – Andainya perkara kecil tidak boleh bersabar apatah lagi hal2 besar.

EGO / ANGKUHIbu segala mazmumah. Ia membuatkan seseorang itu tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir atau batinnya. Semua orang ada egonya sendiri, Cuma tinggi atau rendah tahap keegoannya.


( sumber gambo :kartunis Nik  )

RIAK Terseksa sendiri kerana sentiasa mencari-cari peluang untuk 
dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah SWT murka kalau kita riak dan takabbur dengan apa yg kita ada.

CINTA DUNIA – Tidak dapat dunia menderita, dapat pun menderita kerana susah pula menjaganya. Berhartalah, tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila kita mati cuma alaman dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Letakkanlah akhirat itu dunia dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi dan akhirat dibawa mati.



Sekian saja hrp memberi manafaat dan kebaikan yg berkekalan..Aamiin.


No comments:

Post a Comment