..GoodBye
N’
Welcome...
Assalamualaiikum…
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
segala
puji bagi Allah yang mentadbir akan sekelian alam. Mintak maap bebanyak sebab
xbanyak post2 berupa ‘sepertimana kebiasaan’, yg ada hanya sedikit tidak segah
blog2 yg lain tetapi Inshaa Allah diharap dapat memberi manafaat yg baik, berterusan dan berkekalan
hingga ke hari pengadilan. Aamiin.
Pejam celik
buka katup..siang malam sehari-hari dah berlalu 2013..terlalu cepat masa
berlalu hingga tidak sedar 2014 mulai menjengah tanpa kita sedarinya. Umur semakin
meningkat bermakna kematian juga semakin mendekat. Dan Inshaa Allah, kita akan
sama2 berusaha meningkatkan amal dan ibadah kita..heheheh
Begitulah hidup ini. Ada waktu senang dan ada gak waktu susah. Ada buruk
dan baik. Sumer tuh ramuan dlm kehidupan. Biarpun pahit tanpanya hidup ini
tidak mencabar. Bak kata pepatah yg aku reka sendiri (hihihi)..
“Banyak orang
menolak pahitnya rasa meskipun rasa pahit itu penawar segala racunnya
kemanisan.”
“Jangan
terbiasa dengan bertahunnya kesenangan,
bimbang tidak ampuh untuk menahan penderitaan sehari.”
Apapun, selagi kita sanggup belajar dari orang sekeliling, berusaha..
pasti kita mampu menghadapi segala kesulitan dan kesusahan yg mendatang, apatah
dgn keadaan ekonomi sekarang serba serbi mahu wang dan kebendaan. Nyata itu
semua menyulitkan. Tidak mengejutkan jika perolehan gaji sekitar RM2000-RM3000
sebulan masih tidak mencukupi, jika si bujang seperti aku sudah merasa terbeban
dgn bayaran itu dan ini apatah lagi yg sudah berkeluarga. Tak salah mengikut
arus kemodenan tp berpada-padalah. Semua pihak perlu menyedari hal tuh
terutamanya yg diberi mandat oleh rakyat jelata, bijak pandaikah pemegang mandat
tersebut jika rakyat jelata menjadi
mangsa dek slogan “KEMODENAN” yg dilaung-laungkan itu?
Hoho..nih bukan politik ..tak..sekadar pandangan. Buah fikiran dari
salah seorang dari jutaan rakyat yg
berharap agar keluhan dgn situsi kenaikan ‘ekonomi’ sekarang didengari.diambil
kisah. Bukan seperti hampas yg terbuang selepas lemak santannya diperah kering.
Lari tajuk
lak!!..
GoodBbye N Welcome – tahun 2014 nih
banyak perubahan yg berlaku. Perubahan suasana dan keadaan. Perubahan penerimaan,
kehilangan. Suasana yg dulu banyak diuji tetapi pertolongan-NYA datang tanpa
henti malah menjadikannya perisai paling kebal dan ampuh dari terus rebah dan
menyerah kalah. Alhamdulillah.. masih bernafas. Itu peluang yg tidak patut di
sia-siakan dan menjadi modal untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan.
Apapun, petikan dari kata2 seseorang buat
aku berfikir panjang. Ada benar kata-katanya..sedikit sebanyak membuka cetusan
ilham dan bayangan yg dicampakkan ke dalam dada. Subhanallah…Allah Maha Agung
lagi Maha Besar.
Seandainya kita sanggup belajar
dari orang sekeliling, bersedia menerima kekurangan dan kelemahan diri serta
org lain, pasti kita dapat mempelajari sesuatu yg bermakna dan mencari kekuatan
yg diperlukan. Hidup nih sukar tetapi menyenangkan. Bergantung bagaimana cara
dan penerimaan seseorang itu.
Jadi….GoodBye bukanlah ucapan selamat
tinggal untuk tahun 2013.ataupun ucapan selamat datang kepada tahun
2014..bagiku maksudnya lebih mendalam dari itu. Cukuplah ALLAH SWT yang Maha
Mengetahui. Banyak perkara yg terjadi lebih benar aku serahkan sahaja kepada DIA YANG MAHA ESA.
Innalillah…semua milik DIA dan hanya
kembali kepada-NYA. Kebaikan keburukan sebesar zarahpun tidak terbuang percuma
disisiNYA. Tugasku di situ cukup sekadar itu. Sekarang bermula suasana dan
persekitaran baru. Syukur..kerna aku dipilihNYA. Menjalankan perintahNYA..sekadar
kemampuanku.
GoodBye untuk segalanya disitu dan
Welcome untuk segala permulaan baru.
Sekian,wasalam.
No comments:
Post a Comment