Thursday, 6 November 2014

USAHALAH...



Assalamualaiikum..
Fuh..rasanya baru bernafas dengan betul..hahahaha..kesibukan melanda dan kita terkejar-kejar supaya tidak ketinggalan menikmati arus kemodenan. Bukan apa, hidup nih mmg sibuk, andai kita tak menyibukkan diri sendiri, org lain lak g ‘tolong’ menyibukkan kita. Tapi apapun, aku doakan agar semua urusan berjalan lancer dan tenang. Takder kalut dan haru biru. Rasanya belum terlambat gak nk mengucapkan selamat tahun baru (hijrah). Semoga kita sama2 berusaha mengejar cita2 yg diimpikan dan dapat mengapainya, Inshaa Allah. Entri kali bertajuk mudah. SABAR. Sabar aje..sabar ajelah. Senang diungkap tp tak ramai yg Berjaya mengatasi serta mengawal sabar itu. Terkadang yg bertanda sunnah2 pd perwatakan dan sikapnya belum tentu boleh bersabar..atau yg berambut putih sekalipun sesekali terlepas sabar..bukan mudah, kan.
Orang yang hebat bukanlah yg mampu membuatkan org lain tunduk dan menyokongnya tp mampu bersabar tatkala musibah melanda dan tidak terus meyalahkan org lain. Bagi diri aku, itulah makna SABAR yang sebenarnya. Prinsip aku amat mudah.. apa terjadi pada diri baik/buruk berpunca dari diri sendiri. Jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Mungkin ada yg ‘terasa’ dgn kenyataan aku ini tetapi percayalah…bukan mudah..bukan mudah untuk bersabar..ianya perlu dipupuk, dilatih biar bersebati dalam diri. Sabar ini seperti singa lapar. Tak mudah untuk mengawalnya. Andai terlepas buruk akibatnya.

Jikalau mampu, elakkanlah membuat org lain terasa hati dengan kita, jaga adab bercakap dgn org lain agar org lain senang dgn lidah dan perbuatan kita. Bukanlah langsung kita tidak boleh marah dan hanya mampu bersabar tp biarlah kena pada tempatnya dan tidak terburu-buru. Ya.. benar..aku akui..kita tak perlu hipokrit,jadi diri sendiri dan tidak talam dua muka tp dgn tidak bersabar dan terburu buru dalam sesuatu adakah itu akan menjanjikan kepuasan kepada kita. Mungkin kebenaran sesuatu perkara itu di pihak kita, tetapi jika tidak kena cara menghadapinya ramai hati yg akan terluka..buruk padahnya. Mampukah kita mengendong kesan itu di hadapan Allah SWT kelak. Andai kita sanggup begitu..maka teruskanlah dgn cara sebegitu.

Tak semua org boleh bersabar, jika sesuatu musibah melanda pasti kita tanpa sedar akan menjadi seseorang yg terburu-buru tindakannya. Akan lupa untuk menyelami dari mana punca dan menghadapinya dgn cara yg beradab. Cara untuk mempamerkan ketidakpuasan hati kita juga berubah. Perkataan juga menjadi ayat berbisa dan wajah juga bertukar keruhnya . rasanya hal itu juga tidak menyenangkan hati jika org lain berbuat begitu kepada diri kita. Sebenarnya jika kita tidak bersabar, tanpa sedar juga kita akan mempamerkan sikap dan pandangan negative kita terhadap org lain. Mempamerkan kelemahan kita dalam bertindak dan menyimpul keputusan yg terburu-buru. Jadi , nasihat terutama sekali untuk diri aku yg serba serbi kurang..bersabarlah sedikit dan hadapi sesuatu kesulitan itu dgn tenang dan lihatlah dari sudut positif. Insyaa Allah…akan dipermudahkan. Aamiin. Manusia ini lemah..banyak kurangnya..terburu-buru dan tidak sabar..sebagai manusia gak aku akuinya kerna itu gak sebahagian dari sikap dan sifat aku, akan tetapi bukan manusia juga jika sekalipun tidak pernah berbuat kesilapan (kecuali Rasul dan Nabi ), dan sebagai manusia jugalah yg bernama insan perlu belajar untuk memaafkan. Jika sekali terbuat kesilapan maafkanlah…Mungkin dia tidak sengaja atau berniat untuk menyakiti hati kita. Jadi belajarlah untuk memaafkan..

Mungkin aku  tak layak untuk memberi dan menasihati..tetapi denganNYA..keranaNYA..untukNYA..sekadar kemampuan yg dipinjamkan kepadaku. Insya Allah..kita sama2 berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan menerima segala kekurangan. Sama2 berjuang dan mencapai kejayaan..insya Allah..insya Allah..dan kepada sahabatku yg disayangi, jangan mudah mengalah dan kecewa. Terkadang DIA tidak memberi apa yg kita pinta dan digantikan apa yg kita perlu. Apa yg penting, belajarlah untuk BERSANGKA BAIK denganNYA.

Friday, 14 March 2014

Thursday, 9 January 2014

Ban


..GoodBye
N’

Welcome...

Assalamualaiikum…

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
segala puji bagi Allah yang mentadbir akan sekelian alam. Mintak maap bebanyak sebab xbanyak post2 berupa ‘sepertimana kebiasaan’, yg ada hanya sedikit tidak segah blog2 yg lain tetapi Inshaa Allah diharap dapat memberi  manafaat yg baik, berterusan dan berkekalan hingga ke hari pengadilan. Aamiin.
      
Pejam celik buka katup..siang malam sehari-hari dah berlalu 2013..terlalu cepat masa berlalu hingga tidak sedar 2014 mulai menjengah tanpa kita sedarinya. Umur semakin meningkat bermakna kematian juga semakin mendekat. Dan Inshaa Allah, kita akan sama2 berusaha meningkatkan amal dan ibadah kita..heheheh
      
Begitulah hidup ini. Ada waktu senang dan ada gak waktu susah. Ada buruk dan baik. Sumer tuh ramuan dlm kehidupan. Biarpun pahit tanpanya hidup ini tidak mencabar. Bak kata pepatah yg aku reka sendiri (hihihi)..

       “Banyak orang menolak pahitnya rasa meskipun rasa pahit itu penawar segala racunnya kemanisan.”

       “Jangan terbiasa dengan bertahunnya  kesenangan, bimbang tidak ampuh untuk menahan penderitaan sehari.”

Apapun, selagi kita sanggup belajar dari orang sekeliling, berusaha.. pasti kita mampu menghadapi segala kesulitan dan kesusahan yg mendatang, apatah dgn keadaan ekonomi sekarang serba serbi mahu wang dan kebendaan. Nyata itu semua menyulitkan. Tidak mengejutkan jika perolehan gaji sekitar RM2000-RM3000 sebulan masih tidak mencukupi, jika si bujang seperti aku sudah merasa terbeban dgn bayaran itu dan ini apatah lagi yg sudah berkeluarga. Tak salah mengikut arus kemodenan tp berpada-padalah. Semua pihak perlu menyedari hal tuh terutamanya yg diberi mandat oleh rakyat jelata, bijak pandaikah pemegang mandat tersebut  jika rakyat jelata menjadi mangsa dek slogan “KEMODENAN” yg dilaung-laungkan  itu?
      
Hoho..nih bukan politik ..tak..sekadar pandangan. Buah fikiran dari salah seorang dari jutaan rakyat yg berharap agar keluhan dgn situsi kenaikan ‘ekonomi’ sekarang didengari.diambil kisah. Bukan seperti hampas yg terbuang selepas lemak santannya diperah kering.
      
Lari tajuk lak!!..
      
       GoodBbye N Welcome – tahun 2014 nih banyak perubahan yg berlaku. Perubahan suasana dan keadaan. Perubahan penerimaan, kehilangan. Suasana yg dulu banyak diuji tetapi pertolongan-NYA datang tanpa henti malah menjadikannya perisai paling kebal dan ampuh dari terus rebah dan menyerah kalah. Alhamdulillah.. masih bernafas. Itu peluang yg tidak patut di sia-siakan dan menjadi modal untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan.

       Apapun, petikan dari kata2 seseorang buat aku berfikir panjang. Ada benar kata-katanya..sedikit sebanyak membuka cetusan ilham dan bayangan yg dicampakkan ke dalam dada. Subhanallah…Allah Maha Agung lagi Maha Besar.

Seandainya  kita sanggup belajar dari orang sekeliling, bersedia menerima kekurangan dan kelemahan diri serta org lain, pasti kita dapat mempelajari sesuatu yg bermakna dan mencari kekuatan yg diperlukan. Hidup nih sukar tetapi menyenangkan. Bergantung bagaimana cara dan penerimaan seseorang itu.

       Jadi….GoodBye bukanlah ucapan selamat tinggal untuk tahun 2013.ataupun ucapan selamat datang kepada tahun 2014..bagiku maksudnya lebih mendalam dari itu. Cukuplah ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. Banyak perkara yg terjadi  lebih benar aku serahkan sahaja kepada DIA YANG MAHA ESA.

       Innalillah…semua milik DIA dan hanya kembali kepada-NYA. Kebaikan keburukan sebesar zarahpun tidak terbuang percuma disisiNYA. Tugasku di situ cukup sekadar itu. Sekarang bermula suasana dan persekitaran baru. Syukur..kerna aku dipilihNYA. Menjalankan perintahNYA..sekadar kemampuanku.

GoodBye untuk segalanya disitu dan Welcome untuk segala permulaan baru.

Sekian,wasalam.

Friday, 27 December 2013

Cinta Suci Wanita SUFI


Keunggulan cinta wanita sufi, 
Rabi’ah Al-Adawiyah

KEKASIHKU  tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetikpun.”

        Begitulah antara ungkapan cinta agung wanita sufi, Rabi’ah Al-Adawiyah kepadaTuhan Yang Maha Esa, Allah SWT. Segala rasa cinta, tulus, kasih dan kehidupannya dicurahhkan kepada Tuhan Maha Pencipta.
        Wacana mahabatullah dalam dunia tasawuf dipopularkan olehnya yang menjadi kekasih Allah (waliyyullah). Tampilnya Rabi’ah, seorang wanita suci, dalam sejarah tasawuf islam, memberikan cinta tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran spiritual islam.
        Bahkan dalam perjuangannya menempuh perjuangan ‘melawan diri sendiri’ dan seterusnya tenggelam dalam ‘telaga cinta Ilahi’, dinilai oleh kalangan sufi telah melampau seratus darjat orang2 soleh dari kalangan kaum lelaki.
        Nama sebenarnya Rabi’ah Binti Ismail al-Adawiyah, tergolong sebagai antara wanita sufi yg terkenal dalam sejarah islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yg miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan ibadat kepada Allah SWT. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
        Rabiah al-Adawiyah termahsyhur kerana pengalaman sprititualnya, iaitu mahabbah atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Pengalaman ini diperolehi bukan melalui guru, melainkan pengalamannya sendiri. Jika sebelumnya Hassan al-Basri, ahli hadis dan fiqh, telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, maka Rabi’ah melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah SWT telah memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat idi hatinya untuk mencintai sesuatu selain Allah SWt. Baginya, dorongan mahabbah berasal dari dirnya sendiri dan juga kerana hak Allah SWT untuk dipuja dan dicintai. Puncak pertemuan mahabbah antara hamba dan cinta Allah SWT yang menjadi akhir keinginan Rabi’ah.
       

LAMBANG KEUNGGULAN WANITA SUFI
Kaum sufi adalah kaum muslim sejati. Kaum sufi banyak mengutip banyak ayat Al-Qur’an untuk mendukung ajaran mereka. Kaum sufi meupakan kaum yang sangat menekankan amalan bangun beribadah pada malam hari dan menjalani kehidupan zuhud. Praktik pertama berasal daripada keyakinan dan keimanan Nabi bahawa memelihara kegiatan bangun malam adalah satu kemuliaan dan keutamaan, sementara praktik kedua bersumber keupayaan keum sufi ‘meninggalkan dunia’. Kezuhudan pada dasarnya berupa diam, menyendiri, puasa dan terus menerus menyebut (berzikir) salah satu dari nama-nama Allah SWT.
        Kaum sufi sangat menginginkan ganjaran syurga di akhirat kelak dan sangat takut akan seksa neraka, dengan cara menghabiskan masa hidup mereka dalam mencari kesalihan sempurna. Akan tetapi, pada tahap kedua perkembangan tasawuf, unsur2 kerinduan dan cinta kepada  Allah SWT ditambah dengan askestisisme atau latihan kezuhudan menjadi sangat dominon pada ketika itu. Titik berat kepada cinta Ilahi perlahan-lahan mengantikan titik berat sebelumnya, iaitu takut kepada seksaaan Allah SWT.
        Perasaan yang biasa disuarakan oleh kaum sufi pada abad ini iala ibadat yg mereka lakukan kepada Allah SWT bukanlah disebabkan takut kepada seksaan neraka dan berharapa ganjaran syurga, melainkan semata-mata kerana cinta dan ibadat yg memang berhak diperolehi Allah SWT.
        Rabi’ah sebagai wanita sufi pernah berbicara dengan penuh gelora dan ghairah. “Aku bersumpah demi keagunganMU bahawa aku beribadat kepadaMU bukan kerana mengharapkan balasan syurga atau takut kepada seksa neraka. Aku beribadat kepadaMU semata-mata demi keluhuran dan keagunganMU.”


Kehidupan Rabi’ah Al-Adawiyah
Rabi’ah yg berparas cantik, memiliki suara merdu, dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuaannya sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika menyanyi, Rabi’ah tiba2 merasakan kedekatannya dengan Allah SWT yang seolah olah memanggilnya. Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabi’ah tetap berdoa kepada Allah SWT . Rabi’ah pun dijual kepada seorang sufi yang mengajaknya bernikah. Rabi’ah menolaknya kerana kecintaannya yg tinggi pada Allah SWT. Setelah dibebaskan, Rabi’ah memutuskan untuk hidup menyendiri.
        Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah iala ketika dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkawinan itu memang perlu bagi sesiapa yang menpunyai pilihan. Adapun, aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-NYA. Aku tidak mempunyai apa2 pun.”
        Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai cinta kepada Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Aku cinta kepada Nabi SAW, tetapi cintaku kepada Khalik(Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta kepada makhluk(segala ciptaan).”
        Rabi’ah seolah olah tidak menegenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus terusan mencintai Allah SWT semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lainkecuali untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kafannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
        Selama 30 tahun dia terus menerus mengulangi kata-kata ini dalam solatnya:
“Ya Tuhanku!  Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMU supaya tiada sesuatupun yang dapat memalingkan aku daripadaMU.”
        Cinta Rabi’ah kepada Allah SWT merupakan cinta suci, murni dan sempurna seperti disenandungkan kepada syair ini: “Aku mencintaimu dengan dua cinta;cinta kerana diriku, dan cintak kerana diriMU. Cinta kerana diriku sentiasa keadaanku yang sentiasa mengingatMU yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini,mahupun untuk itu, pujian bukanlah bagiku, bagiMU lah pujian untuk kesemuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadratMU. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selainEngkau.”
        Rabi’ah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana itu, ia memilih hidup zuhud agar bebas dari segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa; “Ya Allah, aku berlindung kepadaMU daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembahMU dan segala rintangan yang merenggangkan hubunganku denganMU.”
        Rabi’ah sang pencinta agung itu, mencintai Tuhan bukan kerana naluri kewanitaannya. Dia mencintai Tuhan dengan sepenuh jiwanya, mencintai zatNYA, sifat-sifatNYA. Ia bertafakur, berzikir, juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang kekuasaan dan kebesaranNNYA, sehingga tidak ada ruang sedikitpun dalam dirinya untuk berfikir selain DIA.
        Dia merelakan menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.
        Ketika ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah wahai Rabi’ah?” dia menjawab: “Tidak ada tempat dihatiku kecuali kekasih sejati.”
        Rabi’ah menyembah Tuhan dengn penuh cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman.
        Kalimat rindu dan ungkapan cinta Rabi’ah kepada Kekasih Sejatinya sering kita dengar dalam lantun tawajjuh-nya:
        “Tuhanku, jika laku ibadahku hanya untuk menjauhkan diri daripada api nerakaMU, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMU. Jika sembahanku hanya untuk meraih syurgaMU, maka haramkanlah syurgaMU bagi diriku. Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayangMU, berikanlah daku kurniaMu yang besar, kurniakanlah kepadaku agar dapat melihat wajahMU Wahai Yang Maa Perkasa Lagi Maha Mulia.”
        Dalam pandangan Rabi’ah, cinta pada galibnya adalah kehidupan spritiual, cinta bersal dari Allah dan untuk Allah.


BERAKHIR RIWAYAT HIDUP RABI’AH
Seorang penulis riwayat hidup Rabi’ah yang berasal dari parsi mengnisahkan kematiannya sebagai berikut:
        Pada masa menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk mengeliliginnya. Rabi’ah meminta kepada mereka, “Bangkitlah dan keluarlah. Berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!” maka semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka terdengar suara Rabi’ah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar sebuah suara.”….Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah denganNYA. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKU dan masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr:27-30)
        Sesudah itu, tidak terdengar lagi suara apa pun, pada ketika orang2 itu masuk kembali ke bilik itu mereka mendapati Rabi’ah sudahpun meninggalkan dunia fana ini. Sesudah Rabi’ah menghembuskan nafas terakhirnya, segera para doctor yang berdiri di hadapannya meminta agar jasad wanita sufi ini segera dimandikan. Setelah semua jasad wanita sufi ini dimandi dan dikafankan, mereka bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan mengkebumikan jasad itu di tempat yang dia akan berada di sana selamanya.


RABI’AH SEBAGAI CONTOH KELUHURAN CINTA AGUNG KEPADA-NYA
Sesungguhnya rasa cinta yang ditunjukkan Rabi’ah menyedarkan kita akan kecilnya diri kita di dalam dunia fana ini. Apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung cara hati kita berhubung dengan Allah SWT. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
        Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah merasa kecewa dengan gelagat sesame insane yang pelbagai ragam. Keadaan sebegini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudiaan cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
        Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudiaannya mesti diperkukukan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi. In shaa Allah.


Sumber : majalah PEREMPUAN/oktober09/129