Assalamualaiikum….
Sekarang cuaca di Malaysia agak panas..nk kata musim kemarau
xjugak tp bagi aku cuaca panas camnih xder masalah sebab kalo cuaca mendung
boleh buat aku sakit kepala..(pelik tp benar)..panas terik lagi bagus dr
mendung…(hehehehe)…bg kaum lelaki yg dilahirkan tanpa eksoseri di dada xper la
kalo dlm rumah x pakai baju..paling sadispun pakai seluar pendek..(syukur..),
tp bagi kaum pompuan lak dilahirkan dgn eksoseri tambahan. kdg2 kesian lak aku
menengoknyer…bukan apa..xsampai 5 minit siap mandi dah berpeluh
balik..hmmm..sabarlah wahai kaum hawa..itu jugak boleh dikatakan jihad..menutup
aurat mengikut perintah Allah swt dlm keadaan cuaca camgini..walau xsebesar
jihad fisabilillah tp aku yakin xder yg terbuang percuma disisiNYA..Insya
Allah..kaum pompuan kena banyak bersabar…ya..tp kalo dlm rumah tuh xder lelaki
bukan mahram bg aku xder masalah…jangan xpakai apa2 sudah…(…T_T..)
Alhamdulillah…hari demi hari post2 baru makin bertambah dan
kebanyakannya Insya Allah dpt memberi kebaikan pd saper2 yg sudi menjengah ke
blog yang xseberapa…mungkin xdikenali langsung tp Insya Allah…pasti esok lusa
akan ada. Aku nih xpandai sangat berblog..Cuma mengambil peluang akan
perkembangan teknologi..x salahkan..insan kerdil seperti aku ini cuba berdakwah…apapun
terima kasih pd yg meluangkan masa untuk menjengah..trimas bebanyak dan aku
hrp2 kita sama2 berusaha menambahbaikan amalan kita..
Apa yg penting hati…
Ada yg bagi cadangan: katanya elok gak jika rasa isihati ditulis
dlm blog..hmm..cadangan tuh bagus gak tp buat sementara waktu nih biarkan dulu,
Insya Allah akan menyusul..hihihi..kan nih pun boleh dikatakan rasa isihati.
Ok..kali nih aku nk postkan satu perkara yg penting..berkenaan
tentang salah satu hadis dr Baginda SAW yg kurasakan mmg patutlah kita sebagai
umat islam bersama sama memikirkannya..:
Diriwayatkan ‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : “satu hari
Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukut. Apabila Rasulullah SAW sampai
di masjid Bani Mu’awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan
solat dua rakaat. Maka kami pun turut
solat bersama dengan Rasulullah SAW.
Kemudiaan
Rasulullah SAW berdoa dengan doa yg agak panjang kepada Allah SWT :
Setelah
selesai baginda SAW berdoa maka Rasulullah SAW berpaling kepada kami lalu
bersabda hg bermaksud:
“Aku telah bermohon kepada Allah SWT akan tiga perkara, dalam
tiga perkara itu Cuma DIA memperkenankan dua sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada
ALLAH SWT supaya tidak dibinasakan umatku dengan musim susah yg berpanjangan. Permohonanku
ini diperkenankan oleh ALLAH SWT.
2. Aku telah memohon kepada ALLAH SWT supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yg telah melanda
umat Nabi Nuh as) permohonanku ini telah diperkenankan oleh ALLAH SWT.
3. Aku telah memohon kepada ALLAH SWT supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesame mereka ( peperangan, pergaduhan antara sesame
islam ). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
sumber: Uncle Google
Ehhemm..melihatkan
riwayat dari hadis ini, pastinya korang tersedia maklum dgn apa yg sedang
menimpa umat islam sekarang ini,kan? Peperangan antara kaum kafir laknatullah
dan pergaduhan sesame sendiri..paling menyayat hati ramai nyawa yg tidak
berdosa menjadi mangsa hasil dr kerangkusan dan ketidakperimanusiaan manusia
sekarang..tidak kira ianya dr umat islam sendiri mahupun org kafir…satu pepatah
pernah mengatakan bahawa..
Jika manusia tidak menghentikan
peperangan, maka peperanganlah yg akan
menghentikan manusia..”
Umat islam perlu bersatu hati..bekerjasama dan saling membantu..dgn itu Insya Allah kita tidak lagi senang diperkotakatikkan oleh org kafir..
Sekian, wasalam.
No comments:
Post a Comment