Seorang
pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada
pengandar dibahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang lagi satu
tidak. Jika tempayan yg tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah
perjalanan pulang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yg retak itu
hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama
2 tahun, hal itu terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa
satu setengah air ke rumah majikannya.
Tentu
sahaja tempayan yg tidak retak itu merasa bangga dengan akan prestasinya,
kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan yg malang
itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih sebab ianya
hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yg seharusnya dapat
diberikannya.
Setelah
2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si
pengangkut air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon
maaf.”
“Kenapa?”
Tanya si pengangkut air. “kenapa kamu berasa malu?”
“Selama
2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yg seharusnya dapat saya
bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yg saya bawa bocor
sepanjang jalan menuju ke ruma majikan kita. Kerana kecacatan itu, saya telah
membuatmu rugi,” kata tempayan retak itu.
Si
pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam nada belas
kasihannya, dia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin
kamu memerhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan.”
Benar,
ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak itu memerhatikan dan baru
menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya
sedikit terhibur.
Namun
pada akhir perjalanan ia kembali sedih keprana separuh air yg dibawanya telah
bocor. Dan kembali tempayan retak itu meminta maaf kepada si pengangkut air
atas kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan retak itiu, “Apaka
kamu memerhatikan adanya bunga2 di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga
di sepanjang jalan di sisi tempayan yg tidak retak itu. Ini kerana aku selalu
meyedari akan kecacatanmu. Dan aku memanafaatkannya. Aku telah menanam benih2
bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari kita berjalan pulang dari
mata air bahagian kamu yg retak mengairi benih2 itu. Selama 2 tahun ini aku
telah memetik bunga2 indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya,
tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”
Setiap
daripada kita memiliki kecatatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua adalah
tempayan retak. Namun, jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita
untuk menghias-NYA. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yg terbuang percuma. Jangan
takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah, di dalam kelemahan
kita, kita menemukan kekuatan kita..Wasalam.
Sumber : Majalah Blues Selamanya (27)
No comments:
Post a Comment