Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendakku katakana. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini suci,
maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yg diamanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yg berhak.
Janganlah sakiti sesiapapun, agar orang lain tidak menyakiti
kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah SWT telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yg
melibatkan riba’ dibatlkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu.dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara2 kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak di ats kamu. sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka sesungguhnya adalah teman dan
pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah sama sekali tidak
memasukkan orang yg tidak kamu sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah besungguh-sungguh kata-kataku ini,
sujudlah kepada ALLAH SWT dan dirikanlah solat, berpuasalah di bulan ramadhan
dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, serta kerjakanlah ibadat haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada
muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yg lebih mulia dari yg
lainnya kecuali org itu di dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan
mengadap ALLAH SWT pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di
atas segala apa yg kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yg akan datang
selepasku dan tidak akan lahir lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah disampaikan kepada kamu
selama ini. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yg sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya, ya itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah org lain yg mendengar ucapanku, menyampaikan kepada
org lain, dan hendaklah org lain itu menyampaikan pula kepada yg lain. Semoga
yg terakhir itu lebih memahami kata-kataku dari mereka yg mendengar terus
dariku.
Saksikanlah Ya Allah..bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU
kepada hamba-hambaMu..
Kurniakanlah kepada kami ampunan,rahmat..kemurahan dan
perlindunganMu..Amiin.
No comments:
Post a Comment