Surah An-Nasr
Ertinya :
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), ----Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, ----Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Khasiat
a. Jika dibaca 10x setiap malam, ALLAH SWT akan menjadikan ia seorang yang menjaga solatnya tepat pada waktunya. Mujarab dan telahpun dipraktikkan.
b. Jika diukir pada timah jala, kemudiaan digunakan untuk menangkap ikan, INSYA ALLAH sebilangan besar ikan akan menuju ke jala tersebut.
c. Tulislah surah ini pada senjata perang, INSYA ALLAH kemenangan berpihak kepadanya. Boleh juga dibaca 10x pada alat tulis untuk menghadapi peperiksaan. INSYA ALLAH diberi kemudahan dan jalan penyelesaian kepada mesalah tersebut.
Sumber : Khasiat & Fadhilat Ayat2 Suci AL-QUR’AN 30 juzu’
Penulis : Abu Al Baqir Ad Qudusi
No comments:
Post a Comment