7
GOLONGAN IBLIS AKAN MENGANGGU SEWAKTU SAKARATULMAUT
Gangguan
syaitan, iblis yang paling dahsyat
keatas manusia ialah sewaktu akhir hayat (sakaratulmaut), ini bermula dengan
memperdayakan manusia dari mula terjadibdengan setitik mani hingga ke akhir hayat
mereka, iblis menganggu manusia sewaktu sakaratulmaut disusun menjadi 7
golongan/rombongan.
Hadis
Rasulullah SAW menerangkan yang bermaksud:
“ Ya ALLAH, aku
berlindung denganMU daripada tipudaya syaitan pada sakaratulmautku.”
ROMBONGAN 1
Akan datang
iblis dengan banyaknya berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak
dan lain-lain serta makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang
yang di dalam sakaratulmaut itu dimasa hidupnya seorang yang tamak dan haloba
pada barang2 tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, diwaktu
itu nyawanya putus dari jasad. Inilah yg dikatakan mati yg lalai dan lupa
kepada ALLAH SWT. Inilah jenis mati fasiq dan munafik, kenerakalah tempatnya.
ROMBONGAN 2
Akan datang
iblis kepada orang yang di dalam sakaratulmaut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang ditakuti spt harimau, singa, ular dank ala yg berbisa. Maka
apabila orang yg sedang sakaratulmaut itu memandang saja kpd binatang itu, maka
diapun meraungvdan melompat sesuka hati. Maka ketika itu juga akan terputuslah
nyawa dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan lupa
kepada ALLAH SWT, dan matinya itu sebagai fasik dan munafik dan nerakalah
tempatnya.
ROMBONGAN 3
Akan datang
iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratulmaut itu juga
dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang
hendak mati itu. Jika orang yg hendak mati itu berminat binatang spt burung,
maka dirupai dengan rupa burung, dan jika dia minat semasa hayatnya dengan kuda
lumba untuk berjudi, maka iblis pula merupakan dirinya dengan rupa kuda lumba.
Jika org yg sedang sakaratulmaut itu minat pada ayam sambung, maka iblis
merupakan dirinya dengan rupa ayam sambung. Apabila tangan orang yang hendak
mati itu meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan lalai
dan lupa kepada ALLAH SWT. Matinya itu mati fasik dan munafiq, maka nerakalah
tempatnya.
ROMBONGAN 4
Akan datang
iblis dengan menyerupakan dirinya sebagai rupa orang yang paling dibenci oleh
orang yg hendak mati, seperti musuhnya sewaktu ketika hidupnya dahulu maka
orang yang di dalam sakaratulmaut itu akan mengerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu terhadap orang yang dibencinya itu, maka ketika itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan munafiq, dan nerakalah tempatnya.
ROMBONGAN 5
Akan datang
iblis merupakan dengan rupa sanak-saudara si yang hendak mati, seperti ayah
ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam
sakaratulmaut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan. Lalu ia menghulurkan
tangannyauntuk mengambmil makanan dan minuman yang dibawa oleh ayah dan ibunya
yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan merayu-rayu: “wahai anakku
ini sahaja makan minum dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah
bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya
kita tidak bercerai lagi dan marilah bersama kami masuk kedalam syurga.” Maka org yg hendak mati itu sudi mengikut
pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, dan ketika itu waktu matinya tiba,
maka matilah ia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan
terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
ROMBONGAN 6
Akan datanglah
iblis laknatullah merupakan ia sebagai’ yang membawa banyak ulama’-ulama
kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan
dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya engkau sedang sakit disini,
oleh itu kami bawakan kamu doctor dan ubat untukmu”. Lalu diminumnya ubat itu
maka hlanglah rasa penyakit itu, kemudiaan penyakit itu datang kembali, lalu
datanglah pula iblis laknatullah yang menyerupai ulama’ dengan berkata: “Kali
ini kami datang kepada kamu untuk member kamu nasihat agar mati didalam keadaan
baik, tahukah kamu bagaimana hakikat ALLAH SWT:”.
Berkata orang
yang sedang sakaratulmaut: “Aku tidak tahu”. Berkata iblis yang menyerupai
ulama’ itu: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ualamak yang yang tinggi dan
hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cubalah
kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat
ALLAH SWT, maka hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu
orang yang di dalam sakaratulmaut itu pun memandang kekiri dan kekanan, dan
dilihatnya sanak-saudaranya semua beraa di dalam kesenangan syurga(syurga palsu
yang dibentangkan oleh iblis laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang
sakaratulmaut). Kemudiaan orang yang sedang dalam sakaratulmaut itu bertanya
kepada iblis yg menyerupai ulama’ itu: “Bagaimanakah ZAT ALLAH SWT?”. Iblis merasa
gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata
ulama’ palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai dibuka kepadamu.
Apabila tirai
dibuka lapis demi selapis yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam
sakaratulmaut itu itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata iblis
laknatullah: “itulah ZATALLAH yang patut kita sembah”.
Berkata orang
yang di dalam sakaratulmaut itu: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam jihat, iaitu benda sebesar
ini ada dikiri dan dikanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan
belakangnya. Sedangkan ZAT ALLAH tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci
DIA dari sebarang , dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar
ini”.
Dalam keraguan
itu mak malaikat maut pun datang terus mencabut nyawanya, maka matilah orang
itu didalam keadaan kafir, dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala
amalan baik selama hidupnya didunia.
ROMBONGAN 7
Rombongan iblis
laknatullah yg ketujuh ini, iblis terdiri dari 72 barisan, sebab menjadi 72
barisan ialah dia menepati Iktikad Nabi Muhammad SAW, bahwa umat Nabi Muhammad
SAW akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar ( AHLI
SUNNAH WALJAMAAH). Satu puak sahaja yang benar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah dan
72 puak yg lainnya masuk neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa
iblis laknatullah akan mengacau dan menganggu anak Adam dengan 72 macam yang
setiap satunya berlainan waktu anak Adam itu sedang di dalam sakaratulmaut. Oleh
itu hendahlah kita mengajarkan talkin LAA ILAAHA ILLALLAH untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang di dalam sakaratulmaut itu.
Bersesuaian dengan
sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Ajarkan oleh
kamu(orang yg masih hidup) kepada orang yang hamper mati itu: LAA ILAAHA
ILLALLAH”.
FIRMAN ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Adakah tidak
AKU telah memberikan peringatan kepada kamu semua wahai anak cucu Adam agar
jangan kamu menyembah syaitan, iaitu kemahuan dan suruhannya, sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh kamu yang sangat nyata.”
Surah Yaasiin –
Ayat 60
p/s:
semoga apa yang aku sampaikan ini mendapat redha, ampunan, kasih sayang dan
perlindunganMU Ya ALLAH..Amiin..
No comments:
Post a Comment