Z Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
Z Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
Z Jangan makan/minum dalam bekas yang sumbing atau pecah. Makruh kerana ianya merbahayakan.
Z Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh kerana mewarisi kepapaan.
Z Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Z Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA MAKAN. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan laknatullah.
Z Jangan keluar rumah tanpa berniat untuk membuat kebajikan/kebaikan. Takut2 nanti mati dalam perjalanan.
Z Jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Z Jangan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Z Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikny a.
Z Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa sahaja.
Z Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua orang tua kita dan sesame kita kalau memang kita bersalah.
Z Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silahturrahim.
Z Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa bila gagal.
Z Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Z Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Z Jangan biasakan diri berbohong kerana ia adalah cirri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih saying orabg kepada kita.
Z Jangan suka menganiaya manusia/haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Z Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
Z Jangan duduk di bilik air telalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
Z Jangan meroko atau memasang kemenyam kerana asap itu adalah makanan jin.
Z Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
Z Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kerana ALLAH ).
Z Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab kesemuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.
Sumber : YusranPublishingHouse
No comments:
Post a Comment