Ntah naper tarikh yg aku lalui wat aku
trigat akan sesuatu.ntah naper bilamana aku cuba untuk memahami akan suatu
luahan yg aku tak tau camner nk menafsirkan maksudnya. Mungkin luahan itu
datang dari cemburu atau ketidakselesaan kesan dari ketidaksenangan mata yg
memandang. Atau luahan itu lahirnya dari rasa takut kehilangan. Siapa
tahu,terkadang kita sukar untuk faham apa yg kita inginkan. Mulut berkata tidak
tapi hati menjerit mengiyakan. Sebenarnya bukanlah org lain yg mengkhianati
kita tetapi diri kita sendiri, seringkali hati tidak berlaku adil terhadap
kita. Kerana dengan kelemahan itu, terzahir sudah sikap sebenar kita. Tahu dan
faham sesetengah perkara itu tak bagus, memberi kemudaratan atau umpat keji orang
tp kita masih mampu menyahkan segala kemungkinan hanya kerana kita punya
pendirian sendiri. Bagi aku, tak salah mempertahankan pendapat.
Sekurang-kurangnya kita ada pegangan dalam hidup tak cam sesetengah orang yg
cam lalang yg ditiup angin. Atau parasit yg hanya tahu bergantung hidup pd org
lain dan menyusahkan hidup org lain. Apapun, kita punya pendirian..bukan?? tak
kira apa..kita punya sebab. Sebab yg datang dari pengalaman atau keyakinan.
sorang
pernah bgtau aku, katanya “jika kita yakin yg kita bersih, harus kenapa kita
bimbang dengan kotoran yg dilemprkan org pada kita??”. Walaupun sorang nih
sepanjang aku bersaing dengannya, seorang yg simple pemikirannya dan x pandai
utk menghuraikan kesimpulan ‘matematik tambahan’(rasanyalahh..), tp kata2nya tu
banyak maksud dan cukup mendalam. Mungkin sorang nih sudah pastilah bersusah
payah mencari satu kata2 untuk ‘memujuk’ aku yg agak sibuk berguru dengan tok2
guru. Belajar untuk mempertahankan diri dari serbuan2 fitnah dan tikaman
belakang dari manusia2 parasit dan lalang yang buat aku cam baru mati bini.
Gitulah..perteguhkan kekuda2 keimanan dan kesabaran..naikkan dan tegapkan
setiap langkah jangan sampai tempang. Dunia xkan berhenti berputar dengan
kesedihan dan kekecewaan yg kita alami.
Apapun
yg terjadi, berjalanlah tanpa henti. Kita bukan punya apa-apa tanpa Rahmat dan
izinNYA. Pastilah hidup ini tenang aman tanpa hasad dengki..bukan??
No comments:
Post a Comment