Thursday 28 February 2013

Kelebihan Surah AL-Kautsar


Assalamualaiikum...Kali nih aku nk kongsi satu kelebihan pd salah satu surah dr ayat2 suci
AL-QURAN..melihat pada kelebihan..manafaat aku merasa mmg sepatutnyalah aku menyebarkannya. Jika ada terkurang dan kelemahan hrp sudi menegur dan sama2 kita perbaiki..supaya sama2 dapat membuat kebaikan dan memberi kebaikan pd saudara kita yg lain..INSYA ALLAH...dalam Islam ilmu tiada hak cipta terpelihara selagi ianya dtg dr sumber yg sahih..kalo korang nk share..nk letak dlm blog korang ke..Facebook ke..apa2 ke..xyah mintak izinle..copy aje tanpa was2. Aku lagi suka dan senang hati..walau xbeso mana manafaat yg diberi tp Alhamdulillah. Semua yg dtg dan pergi milik ALLAH..dan pada diriku tiada apa2 melainkan miskin diriku kepada ALLAH..

Hari ni Alhamdulillah...semua perjalanan lancar. Walaupun ada sedikit gangguan tp adat hidup..hidup nih umpama lauk pauk..kalo ada nasik aje mana best..mestilah ada ikan masin..ayam sweet sour..(hehehe..aku mmg kuat makan), hmm..kuih pelita..Onde2..hahhhh...barule naik selera..camtuh jugaklah idup ni...takat nasi putih dgn ikan kukus mana nyakut...xder nikmatnyer idup...kan..kan...kan!!

Apapun, sebenarnya masalah juga 1 keperluan dlm idup. Tanpa sedar ianya mematangkan dan membuat kita sabo dlm menghadapinya..cuma berbeza bagaimana cara kita menyelesaikannya..saper dlm idup nih xder masalah..sumer org ada masalah..akupun ada masalah..sehinggakan dulu xder kudrat nk settle masalah yg berhimpit satu persatu..pernah juga merasa hampa..kecewa..terasa diperbodohkan oleh individu2 yg 'cerdik' dan pandai bercakap..terasa beban..dgn sumer itu buat aku pernah putus asa.(hmmm...menyesal aku pernah putus asa..xbaik..xbaik..)

Sehinggalah ada seseorg bgtau aku sesuatu pepatah yg direkanya sendir..walaupun cam nampak xberi apa2 makna pd mulanya tp skrg aku dh paham.."HIDUP NIH UMPAMA LAUK PAUK"..hhaaaahh.. pendek aje tp penuh dgn maksud tersirat..tersurat dan terselak..(hihihi)

Jgn mengeluh ya sahabat2 sumer..Insya ALLAH..ingatlah...ALLAH SWT xpernah meninggalkan kita walau sesaat..dan cukuplah ALLAH penjaga kita dan ALLAH jua SEBAIK BAIK dan SEHEBAT HEBAT penjaga..ok..ok??...Wasalam dan Trimas...!!!

Kelebihan Surah AL-Kautsar














    

TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR

TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)

KETERANGAN SURAH AL KAUTSAR
Surah Al Kautsar bererti kebaikan yang banyak dan merupakan surah yang 108 di dalam Al Quran. Mengandungi tiga ayat sahaja. Ia dinamakan Al Kautsar kerana Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad dengan kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat.

RUJUKAN
AMALAN MEMBACA SURAH-SURAH PILIHAN

Sumber : SubiHaron Blogspot


Kelebihan Surah AL-Kautsar

  • Sesiapa yg membaca surah ini, di Akhirat kelak ia dapat meminum air sungai yg mengalir dalam syurga dgn kurniaan ALLAH SWT.
  • Jika diamalkan surah ini dgn bersungguh-sungguh, nescaya lembut hatinya dan sentiasa taat dan khusyu' kpd ALLAH TAALA.
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 100 kali pada mata air yg kurang airnya, nescaya banyak air itu.
  • Jika dibaca surah ini pada air mawar dan disapukan airnya ke mata setiap hari, nescaya bertambah terang penglihatannya dan terpelihara dari kesakitan.
  • Jika dibaca berkali-kali pada rumah yg terkena sihir dan tidak ketahui di mana benda yg dijadikan sihir itu disembunyikan, nescay tidak menjadi mudharat kepadanya dan ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepadanya tempat sembunyinya barangan sihir itu.
  • Jika surah ini ditulis dengan manisan madu pada satu bekas yg bersih, kemudian dicampurkan ke dalam makanan org yg tidak mahu berpuasa, bersedekah dan menolong org, diberi minum kepadanya nescaya dgn izin ALLAH TAALA akan dibuka oleh ALLAH akan hatinya untuk membuatk kebajikan dan terbuang daripadanya sifat2 keji.
  • Untuk mengelakkan dari kena penjara, sekalipun dijatuhi hukuman, bacalah surah ini sebanyak 71 kali.
  • Baca surah ini sebanyak 300 kali di tempat yg sunyi untuk melepaskan org dari penjara atau untuk mendapatkan kemenangan ke atas musuhnya. INSYA ALLAH berhasil.
  • Supaya ditunaikan segala hajat, bacalah surah ini sebanyak 1000 kali.
  • Untuk berjumpa dgn Rasulullah SAW di dalam mimpinya, solat 2 rakaat pada malam jumaat selepas waktu isya' @ pada tengah malam. Kemudiaan bacalah surah ini sebanyak 1000 kali diikuti selawat ke atas Nabi SAW sebanyak 1000 kali. Kemudian tidurlah  dalam keadaan bersih dan suci, INSYA ALLAH dapat bermimpi melihat Junjungan Nabi SAW.
  • Jika dibaca sehingga ayat 1-2 pada bisul, kudis dan sebagainya, INSYA ALLAH segera sembuh.
Sumber    : Khasiat & Fadhilat Ayat2 Suci AL-QURAN 30 Juzu'
Penulis     :  Abu Al-Baqir Ad-Qudusi

No comments:

Post a Comment