Tuesday, 29 October 2013

RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA



RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK

Tajuk muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat melayu dalam menafsirkan watak2 wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya yg masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata
 ( suka diingatkan..jgn percaya 100% okey..) dan dijadikan pedoman.

Jangan Tanya kat mana aku dapat info nih sebab aku x ingat, saper2 yg berminat nak tau camner perangai & tabiat awek2, isteri2, ibu2, kakak2 takpun untuk diri sendiri sekelian sila senangkan hati membacanya. Lepas korang baca pastuh bandingkan apa betul ker tidak, kalo terkena anggap kebetulan bukan suratan. Manusia makhluk yg misteri dan sebaik-baik kejadian, mungkin ini salah satu jalan untuk kita mengenal diri dan tabiat dgn  sebaiknya, yg baik perlu dikekal dan dipertingkatkan atau hendaklah diteruskan. Kalo yang tak baik tuh berusahalah untuk merubah dan meninggalkannya..manusia tak lari dari buat silap tapi sebagai seorang muslim, elakkan berbuat kesilapan kedua kali.
Seseorang selalu bagitau aku..bayangkan kita baru aje sampai ke sebuah kampung, melalui jalan dan kita tak tau di depan sana ada lubang,kita berjalan dan berjalan dgn perasaan senang hati. Tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang tersebut. Kita menjerit meminta tolong dan berharap agar sesiapa akan mendengar jeritan dan menolong kita. Alhamdulillah, jeritan kita didengari oleh org yg saban hari melalui jalan tersebut. Kita diselamatkan dan dinasihatkan oleh org tersebut agar2 lebih berhati-hati di lain kali.

Keesokannya ketika kita melalui lagi jalan tersebut, adakah kita akan berjalan dengan perasaan senang hati. Atau melihat  ke depan mencari lubang semalam di mana telah membuatkan kita jatuh ke dalamnya.oh..pastilah kita akan beringat sampai bila2. Pastilah kita tidak mahu terjatuh lagi ke dalam lubang tersebut. Pastilah kita berfikir jika aku jatuh lagi ke dalam lubang tersebut, adakah aku akan bernasib baik seperti semalam..itu yg aku pasti dgn kehidupan ini. Manusia memang tak pernah lari dari kesilapan tapi bukan kesilapan sama untuk kedua kali.


T_T” ( Lari Tajuk )

Okey2..nah ambiklah baca puas2 sampai beratus kali..harap korang dapat manafaat yg baik2 dan diberikan kekuatan untuk berbuat kebaikan. Aamiin.


  
HARI
Tabiat
ISNIN
·       Bersikap jujur
·       Tidak mudah mengelabah/panic
·       Berhati-hati
·       Tidak mudah mengalah
·       Pandai menjaga diri dlm pergaulan
·       Ramai teman lelaki dan wanita yg menyukainya.
·       Mudah member pertolongan
·       Cergas
·       Berusaha kuat
·       Teliti
·       Pandai menguruskan kewangannya
·       Jika marah berapi-api dan menakutkan
·       Jarang mahu kalah dalam pertengkaran
·       Dlm percintaan, dia mencurahkan kesetiaan yg tidak berbelah bagi dan sedia berkorban
·       Seksualnya kurang membara kecuali pasangannya pandai mencari tempat rasangannya.

SELASA
·       Suka mencari kesalahan org lain
·       Berpotensi menduakan suami
·       Pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
·       Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahan org tersebut.
·       Hatinya keras dan sukar dilembutkan
·       Mudah mengaku kalah
·       Mudah meminta pertolongan org lain
·       Pandai simpan rahsia, hanya org tertentu saja tahu rahsianya.
·       Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh
·       Mudah terperangkap dalam banyak hal.
·       Dalam soal kewangan dia pandai berjimat
·       Tidak kedekut
·       Rajin bekerja
·       Ada rasa tanggungjawab
·       Suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan perngawasan dalam banyak perkara

RABU
·       Suka berdendam
·       Jika ada org yg berbuat jahat kepadanya,dia akan berbuat jahat lagi pada org itu. ( bahayaaaa….)
·       Pandai dalam pergaulan
·       Pandai mengambil hati
·       Pandai menghargai orang.
·       Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri
·       Berfikiran terbuka
·       Tak pandai simpan rahsia
·       Tak suka diperintah dalam bekerja
·       Keputusannya tidak seimbang
·       Kurang pengalaman
·       Hatinya keras tidak mudah makan pujukan
·       Hanya org tertentu saja yg tahu melembutkan hatinya.
·       Dlm soal kewangan dia pandai cari duit tp tak pandai simpan duit.
·       Cintanya pandang pertama dan rela berkorban demi cinta.
·       Seksualnya tinggi dan kuat
·       Romantic di tempat tidur dan pandai berasmara

KHAMIS
·       Suka menyinggung hati orang lain
·       Cakapnya kesat
·       Kemahuannya kuat dan bercita-cita tinggi
·       Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
·       Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik sebelum bercinta.
·       Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dgn pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yg baik dan buruk.
·       Pandai mengurus dan merancang kewangan.
·       Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami dan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
·       Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
·       Tabiatnya suka menentang suami.
·       Bangga diri.
·       Suka berbelanja.
·       Suka dipuji.
·       Suka bergaul.
·       Suka melakukan sesuatu yg merbahaya dan sia2.
·       Bersemangat waja
·       Bersikap boros.
·       Tak pandai menyimpan wang.
·       Cintanya sejati dan tak mudah berubah, Cuma kadangkala tidak telus.
·       Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi dingin apabila dipaksa.

SABTU
·       Kuat cemburu
·       Suka kebendaan.
·       Tidak gemar dgn anak2
·       Suka bertikam lidah
·       Tegas pendirian.
·       Cerdas pemikiran, teliti dlm banyak hal.
·       Tidak pernah merasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-citanya.
·       Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
·       Pandai berjimat dan sentiasa berfikit untuk masa depan.
·       Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
·       Seksualnya agak dingin, tetapi apabil bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dgn kelembutan.

AHAD
·       Kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk diri.
·       Apabila bersuami, dia taat pada suami
·       Suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
·       Tak suka mendengar nasihat
·       Mudah terpedaya dgn kata2.
·       Suka mengkritik org tetapi tidak suka org mengkritiknya.
·       Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
·       Pandai simpan rahsia.
·       Rajin berusaha dan bekerja.
·       Tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
·       Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan cari jalan lain.


Suka diingatkan ini hanya bacaan semata-mata.




Saturday, 14 September 2013

( 25 PESANAN LUQMANUL HAKIM )




















25 Pesanan Luqmanul Hakim

1.      Hai anakku: Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada Allah SWT.

2.      Orang2 yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat org lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah SWT.

3.      Hai anakku: orang yg berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha mengindarkan maksiat kepada Allah.

4.     Hai anakku: Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yg dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

5.      Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.      Dan selalulah berharap pada Allah tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7.      Hai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak menlamunkan hal2 yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada member pengertian kepada orang yg tidak mahu mengerti.
8.      
Hai anakku: Engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

9.      Hai anakku: Janganlah  engkau mengirimkan org yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tiada orang yg cerdik, sebaiknya dirimulah saja yg layak menjadi utusan.

10.                        Jauhilah sifat berdusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11.                         Hai anakku: bila engkau mempunyai 2 pilihan, takziah org mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatimu akan perkampungan akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12.                         Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.                         Hai anakku: Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegarn dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14.                         Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang2 yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama’ dengan cara meminta nasihat dripd mereka.

15.                         Hai anakku: Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu memikulnya.

16.                         Hai anakku: Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17.                         Selalulah baik tuturkasta dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.                         Hai anakku: bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia mengharapkan sesuatu darimu.

19.                         Jadikanlah dirimu dalam setiap segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.                         Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yg lebih hina daripada orang yg terpedaya dengan dunianya.

21.                         Hai anakku: usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata2 yg busuk dan kotor serta kesat, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manafaat bagi orang lain.

22.                         Hai anakku: janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yg tiada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu
.
23.                         Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24.                         Hai anakku: bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya yg bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25.                         Hai anakku: ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tending dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yg membuat beban kepada orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini seta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya apa yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bertalam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, wasalam.

Sumber: Zindagi Ekk Safar ( bohot2 syukriya )

Sunday, 8 September 2013

( 15 Punca TURUNNYA BALA )

15 Sebab turunnya bala
Mengapa manusia ditimpa bencana? Dalam sesebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila umatku melakukan 15 perkara tersebut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

Z Apabila harta yg dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada org2 tertentu sahaja.
Z Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan ( terpaksa )
Z Apabila sesuatu yg diamanahkan menjadi milik sendiri.
Z Apabila suami terlalu mentaati isteri.
Z Apabila anak2 menderhakai ibu bapa masing2.
Z Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
Z Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
Z Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
Z Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada org yang dihina oleh mereka.
Z Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
Z Apabila arak menjadi minuman biasa.
Z Apabila lelaki memakai sutera.
Z Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
Z Apabila wanita memainkan alat2 muzik.
Z Apabila orang yg terkemudian menghina orang terdahulu, maka  pada saat itu tunggulah bala yg akan menimpa dalam bentuk angin merah(putting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.

Seandainya kita2 sama2 menerenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahwa bencana yg berlaku itu berpunca  daripada perbuatan kita sendiri. Oleh itu, kembalilah kepada kehidupan yg dituntut oleh islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan di dunia dan di akhirat.