Saturday, 9 March 2013

KATA2 HIKMAH 01

Terima kasih ALLAH..untuk segalanya
-GherrowMiroow`

  1. "Org yg terlalu cepat berputus asa adalah org yg putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati".
  2. " Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yg paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna dr kesenangan yg terus-menerus ".
  3. "Org yg berani ialah mereka yg tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran".
  4. "Jangan melihat apa yg kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yg belum kamu selesaikan".
  5. "Tiada siapa yg paling pandai dan paling bodoh di dunia ini krn setiap yg pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yg bodoh tiu boleh menjadi pandai".
  6. "Setiap jiwa yg dilahirkan telah tertanam dgn benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dgn keberanian"
  7. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan krn ALLAH, samalah anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah".
  8. "Org yg cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala org yg tidak cemerlang menggangap setiap halangan itu sebagai alasan untuk kemundurannya".
  9. "Tidak semua yg kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yg kita polehi adalah apa yg kita ingini".
  10. "Kejayaan adalah tangga yg tidak dapat anda panjat dgn tangan di dalam poket".
  11. "Org yg selalu bersedih akan sukar mencapai apa yg dicitakanya".
  12. "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri".
  13. "Janganlah kamu berkawan dgn org yg suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat".
  14. "Tiada sesuatu yg lebih bahaya kpd seseorang drpd kawan yg elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"
  15. "Org yg sangat dibenci oleh ALLAH SWT ialah org yg suka bermusuh-musuhan".
  16. "Jangan dilupa pd ug putih. Ianya suci, bersih juga mengingatkan kita pada usia".
  17. "Hidup yg berguna adalah hidup yg ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yg akan sampai".
  18. "Jadikanlah masa lalu sebagai pengalaman dan pengajaran, masa yg berjalan kita isi dgn amalan dan masa depan jgn terlalu diangan-angankan".
  19. "Suatu masa nanti kita pasti berhenti bekerja dgn manusia, tetapi tiada istilah berhenti kerja dgn ALLAH SWT melainkan perjuangan kita bersama nafas terakhir".
  20. "Cintailah yg memberi nikmat bukan nikmat yg diberikan".
  21. "Dgn hatilah seseorang itu melihat dgn, apa yg penting tidak dapat dilihat". - Antoine de Saint
  22. "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jgn sesekali anda lupa bahwa anda adalah diri anda setelah pilihan yg anda buat secara sedar atau tidak sedar".-Barbara Hall
  23. "Sokong mereka yg kuat, galakkan mereka yg pemalu, ingatkan mereka yg cuai, dan beri amaran kepada mereka yg menentang".-Whitney W Young
  24. "Ramai org memiliki jam tangan yg tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menepati masa yg berharga" - Tun Mahathir Mohamad
  25. "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat sedikit". - Allen Tate
  26. "Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang2 dilangit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumu".
  27. "Tugas pertama seorang lelaki ialad menjadi dirinya sendiri".
  28. Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu".
  29. Cinta tak berbalas sama seperti soalan tanpa kawapan".
  30. "Lelaki yg tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu".
  31. " Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya".
  32. "Orang yang bijak memperlajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri".
  33. "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA".
  34. "Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yg mana satu lawan & yg mana satu kawan".
  35. "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yg sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati".
  36. "Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan drpd dikesani oelah org lain".
  37. "Pemimpin yg baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama".
  38. "Kekayaan yg hilang dapat dikejar kembali dgn kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yg hilang boleh direbut kembali dgn ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yg hilang pasti tidak akan kembali"
  39. "Bila anda bangun dr tidur, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada ILAHI."
  40. "Bersedekah dgn senyuman lebih baik bersedekah dgn harta kerana bersedekah dgn senyuman, manusia tidak terasa terhutang apa2 dan tidak pula rasa terhina"
  41. "Janganlah kau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya menunjukkan muka yg manis ketika bertemu dgn saudaramu"
  42. "Jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar org dgn batu tetapi dibalas dgn buah"
  43. "Manusia tidak dapat mengubah bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"
  44. "Perkataan yg baik tidak akan muncul dalam jiwa yg kotor spt biji benih tidak akan tumbuh pada tanah yg gersang"
  45. "Kekayaan yg paling kaya ialah akal, yg paling besar ialah bodoh, keburukan yg paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia mulia kelakuan ialah akhlak yg baik"
  46. "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagian yg anda capai, tetapi ke arah mana anda membawa semua itu"
  47. "Org yg sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"
  48. "Jika kita bukan pelita yg menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang2 yg menemani malam"
  49. "Hidup adalah komedi bg sesiapa yg hidup dgn akal. Dan merupakan tragedi bg sesiapa yg hidup dgn emosi"
  50. "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikit adalah seribu kebodohan"
  51. "Sesiapa yg dpt menahan marahnya, padahal dia berkuasa melepaskan marahnya itu maka ALLAH SWT memenuhi hatinya dgn rasa aman dan ketenangan"
  52. "Yang bernama perwira bukanlah yg banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah org yg sanggup menguasai dirinya ketika marah"
  53. "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yg setia dalam hidup sampai kpd penghabisan umur"
  54. "Ilmu itu didapati dgn lidah yg gemar bertanya dan akal yg suka berfikir"
  55. "Kita menilai diri berdasarkan apa yg mampu kita buat, org lain menilai kita berdasarkan apa yg kita buat"
  56. "Seorang guru yg jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yg jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
  57. "Jangan kita mudah lupa diri apabila mendengar puji pujian sebab tidak semua pujian itu dapat memberi kebaikan kpd kita"
  58. "Berusahalan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keihlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yg akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
  59. "Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"
  60. "Apabila kita mendengar sesuatu berita, kita selalu harus menunggu keputusannya"
  61. "Memberi contoh dgn perbuatan adalah lebih baik drpd memberi conth dgn perkataan".
  62. "Manusia yg dpt membina dunia dan kemajuannya adalah manusia yg dpt memuji & mengkritik".
  63. "Perancangan yg teliti memainkan peranan yg penting dlm hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat dan tujuan hidup yg jelas, anda harus merancangnya dgn teliti agar dpt menuju kearah sasaran dengan tepat".
  64. "Keadilan adalah timbangan yg berat, kesederhanaan adalah timbangan keberanian".
  65. "JIka kita tidak mampu bertindak spt yg kita kita harapkan maka kita harus bertindak apa yg kita mampu".
  66. Angan-angan, harapan, keinginan dan cita2 dpt diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun org lain sudah menghalangnya".
  67. "Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali ia telah berilmu melainkan ia telah beramal".
  68. "Keyakinan yg mendalam akan membuatkan seseorang itu kebal terhadap ejekan dan hinaan".
  69. "Untuk mencapai cita2 yg anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan, kebolehan, kesanggupan dan penentuan yg teguh".
  70. "Modal paling baik dr seseorang ialah kerajinannya",
  71. "Jangan melepaskan apa yg berada berhampiran kita dgn bermimpi tentang apa yg jauh drpd kita".
  72. "Barangsiapa yg menjadikan dirinya pemimpin, hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin org lain"
  73. "Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu berjumpa dgn seseorang yg berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"
  74. "Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan sempurna".
  75. "Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yg berharga".
  76. "Tidak apa yg lebih mencelakakan drpd bekerja tanpa menggunakan pengetahuan".
  77. "Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"
  78. "Jika anda hanya berbuat baik kpd diri sendiri maka sebenarnya anda tidak pernah membuat kebaikan"
  79. "Pengalaman ialah gelaran yg diberikan oleh setiap org terhadap kesilapan mereka"
  80. "Kebocoran yg kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yg besar"
  81. "Tiada hadiah yg lebh berharga drpd nasihat yg baik"
  82. "Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri, Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"
  83. "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yg mempunyai peluang untuk menjadi pandai"
  84. "Gunakan akal seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
  85. "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"
  86. "Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara paling merdu di dunia"
  87. "Org miskin memakan makanan yg lebih enak drpad org kaya kerana makanan mereka lebih berkat kpd kemiskinan mereka"
  88. "Anda tidak akan merasa letih melakukan perkara yg anda suka"
  89. "Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yg mencintainya daripada lelaki yg beliau cintai"
  90. "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"
  91. "Di mana anda berdiri, disitulah perlumbaan anda dan lupakan masa silam"
  92. "Berhati-hatilah dengan kemarahan seseorang yg sedang bersabar"
  93. "Tanpa permulaan, anda tidak akan kemana-mana"
  94. "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan&kegagalan sendiri drpad menunding jari kepada pihak lain"
  95. "Setiap malam sebelum tidur, anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"
  96. "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, anda masih mempunyai masa depan"
  97. "Sesiapa yg tidak merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan"
  98. "Masyarakat abad dulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yg indah sekali, masyarakat abad ini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai"
  99. "Tidak pernah wujud org malas. Orang yg dianggap malas ialah org yg tidak dapat mencari pekerjaan yg sesuai dgn minatnya"
  100. "Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"
  101. "Semua perkara adalah sukar sebelum ianya menjadi mudah"
  102. "Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik drpd kemenangan terhadap org lain"
  103. "Org pengecut ialah org yg melihat sesuatu yg benar tetapi tidak melakukannya"
  104. "Kemenangan hanya untuk org yg berhak mendapatkannya"
  105. "Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada mengejar impian2 lain selepasnya"
  106. "Tidak ketawa sehari amat merugikan"
  107. "Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda"
  108. "Tidak penting berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"
  109. "Berdoa dan meminta bukan perkara yg sama"
  110. "Berterima kasihlah kepada pokok yg memberi perlindungan kpd anda dgn tidak memusnahkannya"
  111. "Sembahyang adalah prinsip utama hidup. Memberi alasan tidak cukup untuk melakukannya adalah hinaan kepada ALLAH SWT.
  112. "Jangan tinggalkan hingga esok apa yg boleh disiapkan hari ini"
  113. "Tiada hiburan yg lebih murah daripada membaca"
  114. "Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masih depan anda masih ada"
  115. "Jangan sangka diri kita adalah yg terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yg org lain capai"
  116. "Tidak semestinya org yg berjaya akan terus berjaya dan org yg gagal akan terus gagal"
  117. "Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan org lain atas apa yg berlaku"
  118. "Dalam dunia ini lebih ramai yg berlidah buaya daripada berlidah manusia"
  119. "Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai kenikmatannya"
  120. "Orang yang sentiasa berusaha ialah orang yg takutkan kegagalan" 
  121. "Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh kebumi"
  122. "Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikan melalui pelaksanaan"
  123. "Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi waktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"
  124. "Penipu yg mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu"
  125. "Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan"
  126. "Harta boleh menjadikan seseorang yg tamak sebagai hambanya"
  127. "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"
  128. "Setiap manusia hanya mempunyai 2 matlamat iaitu cita2 dan kejayaan"
  129. "Harta menjamin dunia. Iman menjamin akhirat"
  130. "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"
  131. "Seseorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri"
  132. "Kawan yg sebenar ialah seorang yg dapat menerima diri kita yg sebenarnya"
  133. "Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"
  134. "Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan yg akan menamatkan manusia"
  135. "Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya"
  136. "Kisah cinta yg sebenarnya tiada akhirnya"
  137. "Kita lebih berusaha menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"
  138. "Jika kita melakukan sesuatu dgn ikhlas, nescaya ganjaran yg kita terima juga setanding dgn apa yg kita usahakan"
  139. "Semangat yg kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yg datang"
  140. "Selagi kita berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yg kita hajati"
  141. "Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit"
  142. "Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan . Kejayaan membawa kepada kejayaan."
  143. "Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yg mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah kepada mereka yg arif"
  144. "Perkara yg paling manis ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yg paling enak di dunia ini"
  145. "Pemimpin yg paling berkuasa ialah yg disegani rakyatnya, manakala pemimpin yg tidak baik akan menipu rakyatnya"
  146. "Anak yg soleh sentiasa bermuka manis ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada org lain"
  147. "Ilmu yg tidak dimanafaatkan umpama pohon yg tidak berbuah"
  148. "Tiap2 perkara yg tidak dimulakandgn Bismillah, akan terputus keberkatannya"
  149. "Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dgn kelebihan yg ada pada diri kita.Orang yang sombong selalunya akan dibenci"
  150. "Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit"
  151. "Sesungguhnya ALLAH SWT tidak melihat pada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi DIA melihat kepada hatimu"
  152. "Janganlah takut mencuba sesuatu yg baru, asalkan kalau kita yakin dgn kebaikan yg akan diperolehinya"
  153. "Janganlah mudah kita melemparkan kata2 nista kepada org lain sebab mungkin orang yg dinista itu lebih baik drpd kita. Orang yg baik juga sentiasa menjaga lidahnya drpd menyakiti org lain"
  154. "Fikirkanlah dosa dan pahala..lalu laksanakanlah yg berpahala dan tinggalkan yg berdosa"
  155. "Orang mukmin yg kuat adalah lebih baik dan disukai oleh ALLAH SWT daripada orang mukmin yang lemah"
  156. "Berbuat baiklah...sesungguhnya ALLAH SWT menyukai orang yg berbuat baik"
  157. "Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam"
  158. "Tidak akan masuk syurga bagi orang yg memutuskan silaturrahim"
  159. "Tunaikanlah amanah yg dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur"
  160. "Berusahalah menjadi kawan yg setia..kita tetap bersama walaupun dalam keadaan susah"
  161. "Ingatlah..!! kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit harta kita dengan orang lain"
  162. "Tidak kira kecil atau besar sumbangan yg kita berikan, yg penting kita berusaha sebaik mungkin dgn keupayaan yg kita ada"
  163. "Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yg bersungguh-sungguh, orang yg mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yg cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudiaan"
  164. "Jangan memandang tinggi kpd org lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri"
sumber  : berbagai dan minta halal ya..